Monday, September 10, 2012

Happy Birthday my Little Fighter!

As-salam.

Untuk anakanda Qaid Mukhlis, mama minta maaf  terlambat menulis entry ini. Sekadar entry buat kenangan adik, agar adik tahu betapa mama  dan papa sangat sayangkan kamu..

copy paste dari fb mama:
8.9.2012: Genaplah usia my little fighter, baby Qaid Mukhlis 2 tahun....alhamdulillah....siapa sangka dari sekecil tapak tangan, dari seberat 725 gram, anak yang lahir 4 bulan lebih awal ini mampu berjuang dengan izin Allah...anak ini kini mampu menghafal A for Apple until Z for Zebra...mampu mengucap takbir dan tahmid....mampu mengira 1-10, serta puluhan vocab yg lain yg serta merta menghilangkan segala kerisauan seorang ibu tentang kenormalan anak prematurenya....terima kasih ya Allah....
Duhai anak, moga kamu terus diberi kesihatan yang baik, dan moga menjadi anak yang bijak lagi soleh...doa mama sentiasa mengiringi kamu...
Kisah kelahiran kamu yang penuh syahdu pernah mama ceritakan di dalam beberapa entri entry lepas. 
Mama harap bila kamu bisa membaca nanti,dan jika mama tidak sempat menceritakan semuanya kepadamu, entry2 ini akan mengingatkan kamu tentang kasih sayang kami kepadamu, tentang kasih sayang TUHAN kepadamu, tentang betapa bersyukurnya mama memiliki kamu, serta tentang perlunya kamu mensyukuri segala nikmat Tuhan kepadamu.
Anakandaku Qaid Mukhlis..Moga kamu dan kakakmu Qaisara akan membesar menjadi anak soleh, dilindungi dari segala bahaya serta berjaya dunia akhirat! itu doa mama sentiasa...amin....
Dari 30cm ke 77cm, dari seberat 725gm ke 9kg (berat mama agak2)


Birthday celebration on 8.9.12




Anak manja papa...sangat2 manja sampai dengan mama pun taknak kalau papa ada, boleh camtu?
HAPPY BIRTHDAY DEAR QAID MUKHLIS!


 
 
 

10 comments:

gadisBunga™ said...

happy birthday Qaid...semoga jadi anak soleh ye... sorry auntie GB tak datang sebab lupe tarikh...aiyoh auntie dah tua la...hihihi~

Marya Yusof said...

As salam Mama2Q,

Happy Birthday Qaid Mukhlis! Semoga akhlakmu seindah namamu... Semoga diberkati umur & rezeki... Barakallahufik...

Mmg kecik 725gram... alahai tak dpt nak bayangkan mcmana nak pegang! Alhamdullillah skrg sihat & aktif :))

Aida Othman said...

Salam Mama Qaisara & Qaid

Happy 2nd Birthday to Qaid...Alhamdulillah Qaid membesar dengan sebaiknya. Saya juga ada anak prematured, borned at 29wks dlm perut with 1350kg..Now dah 1y5mth (CA)...

Nak tanya, mcm mana ngan report / progres mata ROP/Vision Qaid?....My Iman last checkup doc bgtau ada rabun (120)....risau juga......:(

~najwa~ said...

selamat hari lahir Little fighter!!!


wah, umur 2 tahun, dah macam-macam dia boleh....

Mama2Q said...

tq auntie Gb tu..nanti bila nak dtg inform la.
ala,kalau bndingkan dgn qaid memang la aunti tua,tp kalau bnding dgn mama qaid,aunti muda trang tang tang

Mama2Q said...

Tq very much auntie marya... hehe kecik sgt. mama dia pun tak berani pegang. misi kat spital je berani huhu

Mama2Q said...

salam aida. mata qaid laser both eyes bcoz of ROP. latest check 6 months ago,right eye power 100,400 kat left eye. next wk check lg.nanti sy update ya.

Mama2Q said...

tq aunti najwa,from qaid .
alhamdulillah, kurnian Tuhan :)

Dr Singa said...

happy birthday budak Qaid yang prem itu !!!!

Mama2Q said...

tq to auntie itu!