Monday, June 18, 2012

Bila adik selsema

As-salam..Hajat di hati nak publish pictures sepanjang di kampung terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Nampaknya broadband mama mengalami proses kelambatan bila meng-upload pic. Mungkin mama dah banyak guna untuk download kat Netpad, that's why dia slow kejap.
InsyaAllah kalau rajin dan dah laju nanti mama upload pic manyak2 yer...

Oh yer...cerita pasal adik..
Adik Qaid dah 2 kali dalam percubaan nak demam tapi tak jadi....itu last month kalau tak silap mama.
Seminggu yg lepas pula adik cuba2 untuk selsema, tp tak menjadi.
Sampailah hari jumaat lepas, adik mula berhingus.
Alhamdulillah tiada demam di situ.
Sabtu, adik masih selsema sikit2...dan malamnya muntah selepas batuk yang teruk.

Sepanjang sabtu itu, mama tidur2 ayam, (sementara papa di tempat keje)
Pagi ahad esoknya batuk adik makin menjadi, dan nyata setelah mama dengar peparunya, dia memang perlu dirawat dengan nebulization.

So pagi tu adik dapat satu kali Neb..dan alhamdulillah tiada kedengaran batuknya sepanjang hari itu.
Hinggalah malam, sekitar 8.30 malam, adik terbatuk2 semula disertai keadaaan yang agak susah bernafas.
So sekali lagi Neb, dan alhamdulilllah adik baik hingga tiada lagi batuk2 selepas Neb itu.

Harap2 adik ok2 saja esok, dan tidak memerlukan neb...
Nampaknya kena lah mama prepare alat2 utk neb esok.  Atau paling tidak , gunakan saja inhaler adik tu.

Hurm...setelah sekian lama adik ok, nampaknya pertambahan kanak2 di rumah pengasuh hingga total 5 orag ternyata kurang mama senangi...
Iyer....mula2 tambah sorang, pastu tetiba ada lagi sorang....
Harap2  wujudnya diorang di rumah pengasuh hanyalah sementara...
Lagi ramai kanak2 di situ, lagi mudah adik dijangkiti virus selsema...
Dan itu menakutkan mama.
Sebab kerapnya sebelum ini selsema adik bukan selsema biasa....
Lagipun...., takut pengasuh tak terlayan kerenah adik bila memerlukan Neb atau inhaler bagai ni....kesian adik if dibiarkan tercungap2 akibat ke-busy-an  pengasuh.
Harap2 ittu tidak berlaku....


Adik tenang di ribaan papa mengambil nebulization....


8 comments:

gadisBunga said...

owh...agak merisaukan jugak kan kalau pengasuh terlalu sibuk...ada cara lain tak? cari pengasuh lain ke?

Fai Shaklee said...

auntie fai doakan adik cepat sembuh ye sayang... ^__^

Mama2Q said...

GB..tu la..dah start risau bila tgk semakin ramai kat umah tu, nak ditegur, itu hak dia, nak tukar pengasuh lain, pengasuh tu memang sgt baik, dan qaid sgt serasi dgn dia...menangis bila diletak di rumah lain...(pernah try satu kali dulu)

Mama2Q said...

Tq very much yer auntie FAI...aminnn

surijunior said...

Mudah-mudahan cepat baik. Sekadar berkongsi, saya berikan anak-anak saya Mealshakes & Omega minyak ikan untuk meningkatkan sistem immune mereka. Dah lama kami semua tak melawat klinik, alhamdulillah =)

Be strong ya! =)

CiKPuaNLawA said...

salam...

unty datang melawat ni...

adik dah sembuh ke....

Mama2Q said...

CPL...tq auntie4 dtg melawat...alhamdulillah adik mcm dah nak sembuh ni...

Mama2Q said...

Surijunior...tq for sharing...mungkin kena cuba jugak kot ni...