Saturday, June 23, 2012

Berapa mahal beg purple?

Malam tadi kakak sara nangis, sbb mama simpan beg purple yang mama baru beli...actually sebuah beg kecil warna purple mama nak simpan semua kad klinik adik dan kakak...so mama malas nak kasi dia main...apa lagi menanges bagai nak rak...sbb dia excited nak main benda tu....

Dah hampir tengah malam, masa dia dah ok, dah tak ngamuk lagi, and dah dekat2 nak tido tu, dia cakap,
" mama , kakak buka komputer eh? Boleh? Kakak nak tgk facebook kejap, nak tengok berapa mahal beg purple tu..."

Oh..kesian sungguh mama dengar dia cakap camtu...tapi bantai gelakkan dia dulu...nampak cam merajuk  pun ada, konon2 nak beli sendiri kat online la tu...abis mama tak bagi main beg mama tu....

Kikiki,,,,kelakar la kakak....yang bestnya tu nak tgk kat facebook tu, kot2 ada org jual.....padahal beg cikai camtu mama beli kat kedai biasa je pun....
Dan oh yer kakak..harganya RM8 ye....




1 comment:

Naz / Nadz COSK said...

Wakahh..kahh..kahhh..
Ai tolong gelak jugak lah.. Hihihi..kecik2 dah pandai nak beli barang guna internet..hehehehe