Wednesday, February 8, 2012

Bayi ketiga terkecil di dunia sama dengan Qaid

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - 22 Januari 2011- Seorang bayi antara terkecil di dunia dibenarkan keluar dari sebuah hospital yang menjadi tempat tinggalnya selama hampir lima bulan.

Memakai topi merah jambu dan dibaluti selimut yang juga berwarna merah jambu, Melinda Star Guido menjadi tumpuan lensa kamera televisyen dan jurugambar akhbar di luar Pusat Rawatan USC di sini kelmarin.

“Saya gembira kerana anak saya sihat,” kata ibunya yang berusia 22 tahun, Haydee Ibarra.

“Saya juga gembira kerana akhirnya saya dapat membawanya pulang,” tambah Ibarra.

Melinda dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu dengan berat cuma 269 gram atau lebih ringan daripada setin air minuman berkarbonat.

Bayi itu amat kecil sehinggakan dia muat dalam tapak tangan doktor yang merawatnya.

Melinda dipercayai bayi terselamat ketiga terkecil di dunia dan kedua terkecil di AS.

Kini seberat 2.04 kilogram dan masih bernafas melalui tiub oksigen sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa doktor memberitahu bahawa Melinda cukup sihat untuk pulang selepas hampir lima bulan berada dalam inkubator hospital berkenaan.

Ibunya melahirkan Melinda melalui pembedahan caesarean pada minggu ke-24 selepas dia didapati mengalami penyakit darah tinggi semasa hamil. – Agensi

Berita asal mama petik di sini

Sebenarnya cerita ni dah agak basi, tapi mama nak letak cerita ini di sini untuk adik qaid baca bila besar nanti. 
Yang menariknya adalah bayi ketiga terkecil ini dilahirkan pada umur yang sama dengan baby Qaid Mukhlis, iaitu pada usia 24 minggu (awal 16 minggu dari tarikh sebenar). 

Yang membezakan adalah berat mereka, iaitu Qaid 725 gram, manakala bayi Melinda itu hanya seberat 269 gram.
Ini kerana ibu Melinda menghidap penyakit darah tinggi sewaktu hamil dan salah satu komplikasi darah tinggi semasa mengandung adalah bayi yang kecil dari sepatutnya (small for gestational age= SGA), atau sewaktu dalam uterus disebut juga IUGR= IntraUterine Growth Restriction. 

Kalau ikut berat bayi normal pada usia 24 minggu adalah lebih kurang Qaid iaitu sekitar 550-780 gram.

Disebabkan sangat kecil itu, Melinda terpaksa tinggal di hospital selama hampir 5 bulan, manakala Qaid tinggal selama 3 bulan lebih (101 hari).

Kalau dulu2, bayi sebesar itu dibiarkan tanpa diberi sebarang bantuan, sebab consider macam kes keguguran sahaja, tapi dengan perkembangan sains dan teknologi perubatan, alhamdulillah bayi sekecil itu juga mampu hidup, termasuklah Qaid.

Mama tak tau kalau baby Melinda ini punya komplikasi lain atau tidak sebab tidak diceritakan di mana2, tapi Qaid, komplikasinya adalah pada matanya yang mengalami ROP (Retinopathy of Prematurity) seperti pernah mama ceritakan dulu. 
Selain itu, alhamdulillah Qaid tiada sebarang masalah lain. Syukur. 

Bayi Melinda boleh diletakkan di tapak tangan doktornya. Betapa kecilnya dia.
Qaid pula badannya sebesar tapak tangan papa, kepalanya lebih kecil dari genggaman tangan mama, panjang badannya kurang dari sehasta, dan seluruh tapak tangannya hanya sebesar ibu jari mama. 
Pampers newborn yang paling kecil terpaksa nurse lipatkan , kerana jika tidak, pampers itu akan membalut sampai ke dada.

Sekarang Qaid-1 tahun 4 bulan lebih.(corrected age 1 thn 1 bulan)
Sudah pandai menadah tangan membaca doa, lantas diaminkannya saat sebelum makan, sudah pandai merasa bekas nasinya masih panas atau tidak, sudah pandai 'give me 5', sudah pandai menunjukkan mana satu hidung dan mata, sudah tau membilang jarinya dan menunjuk bilangan 1, sudah pandai mengusik kakak, menggigit papa, mama dan kakak lantas diketawakannya kami bila kami terjerit2.., dan sudah pandai meminta susu dengan menunjukkan botol yang kosong atau menyelak baju mama mencari nenennya. 
ALHAMDULILLAH.
Moga anak mama akan terus jadi anak yang bijak dan soleh serta selamat dunia akhirat..Amin..

sejuk hati melihat wajah tenang ini tido...

Masih dengan gaya tido yang sama...tengok pampers dia..


16 comments:

~najwa~ said...

Qaid memang anugerah ;)

Mama2Q said...

Najwa..hehe...irfan dan tasneem juga anugerah tak ternilai dgn apapun jua, kan.

Ladysirna FA said...

Alhamdulillah, besar dah qaid kan...

Ms Fai said...

qaid anak yg kuat... anugerah yg tak terhingga dari Allah SWT ;)

Mama2Q said...

@ Ms Fai dan Ladysirna, alhamdulillah sgt2 kan...

Jiejah @ Iza said...

moga qaid terus sihat membesar..

cik ungu said...

kak,

16tahun sy cari shoutbox akak, rupanya akak simpan dalam peti ais.


sy stress sebenarnya tengok byk gmbar baby ni. Sebab sy nak kawen tak dapat2 lagi. itu haruslah stress ok! dah tua kang tak cun la sy. ehhh yakin je skrg cun kann.


*nak kawen~


**amboinya ayat i niee..amboinyeee..

Mama2Q said...

jiejah..thank u..insyaAllah...amin

Mama2Q said...

haha..dik ungu...dah 16 tahun dah akak simpan shoutbox tu dlm peti ais...sbb malas nak cari yg free...

akak doakan adik cepat kawen dan cepat dapat baby....tahun ni gak kawen insyaAllah!

Azian Elias said...

salam kenal...


keciknya..anak akak semua besar2..puas gak mengeluarkannya.

Mama2Q said...

kak Azian, salam kenal juga..thank you for coming, nanti dtg lagi tau...
anak akak big baby yer..ada kencing manis kot waktu ngandung

Mama2Q said...

kak azian takde blog yer..saya tak pandai nak guna google + ni..camne yer nak visit akak balik?

Aimmie Qistina said...

salam MamaQ,

kisah puan dan Qaid mnambahkan kekuatan saya.tahniah.

Unknown said...

Salam sis..Maaf nk tnye..bby iugr cpt x membesar? Ank saya bby iugr skrg msuk 8 bln..

Eili Johana said...

Salam sis..Maaf nk tnye..bby iugr cpt x membesar? Ank saya bby iugr skrg msuk 8 bln..

Eili Johana said...

Salam sis..saya nk bertnye baby saya IUGR,skrg masuk 8 bln..cpar x pmbesaran baby sis