Sunday, March 31, 2013

Meminjam semangat ibu al-Fateh

As-salam...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, 23/3/13 yang lalu, Allah beri mama peluang untuk menghadiri seminar seperti di pic bawah ni...walaupun ada  sedikit ujian ketika mahu hadir,namun Allah tetap takdirkan mama untuk ke sana. AlHAMDULILLAH.


 Adik-adik dalam picture di atas berjaya menghafal alquran sebanyak 30 surah terakhir pada umur 3 tahun. Dan sekarang hafalan mereka diteruskan dengan surah-surah pilihan seperti arRahman, Yasin, alKahfi, dan banyak lagi.

Kalau ikutkan niat asal mama sewaktu mengandungkan Qaisara dulu, inilah yang mama nak buat, iaitu memperdengarkan hanya al-Quran kepada Qaisara sejak dari bayi hingga akhirnya dia berjaya menghafal al -Quran.  

 Entah kenapa, sumber rujukan yang terhad, material yang terhad, dan ilmu yang kurang, menyebabkan hasrat mama tidak direalisasi, hinggalah kini qaisara sudah berumur 4 tahun. 
Namun mama percaya masih tidak terlambat untuk mama mulakan semula, tambahan lagi qaisara memang seorang penghafal yang baik. 
Mama percaya, dengan bimbingan yang  betul serta semangat yang jitu serta sokongan dari papa, insyaAllah hasarat mama untuk melihat kakak dan adik menjadi al-hafiz dan al-hafizah akan tercapai, insyaAllah.

Untuk adik Qaid yang kini berumur 2 tahun 6 bulan, mama juga nampak potensi adik sebagai seorang penghafal yang juga baik seperti kakak. Maka insyaAllah dengan izin Allah, anak premature yang istimewa ini juga akan mama bimbing agar berjaya menjadi al hafiz, insyaALLAH.

Untuk hasrat murni ini, mama tahu ia perlukan banyak pengorbanan, dan banyak ujian yang akan datang. Bak kata Puan Lina, ibu kepada adik2 di dalam picture di atas, syaitan-syaitan telah mencatit nama2 peserta kursus pada hari tersebut, dan mereka akan berusaha menggagalkan cubaan menghasilkan para huffaz cilik ini dengan apa cara sekalipun,kerana syaitan manalah suka pada pembaca atau penghafal al quran.
So misi seterusnya adalah: Usaha menggagalkan usaha syaitan!!

Kenapa perlu ada al-Quran dalam hati ?
Zaman ini terlalu banyak pancaroba dunia. Dan musuh2 Islam di luar sana sedang berusaha dengan pelbagai cara dan muslihat untuk melihat ummat Islam lemah. Hanya kita yang tidak sedar. Kerana mereka masuk secara halus ke dalam rumah kita. Bukan halus mistik, tp secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Mereka gunakan televesyen, internet, surat khabar, dan pelbagai lagi cara untuk melalaikan orang Islam. 
Melihat semua ini saja mama sudah cukup takut dan ngeri. Dan mama berdoa agar zuriat serta keturunan kita akan terus berpegang dengan Islam, dan hanya dengan Al-Quran dan As-Sunnah dapat mereka dan kita berpegang agar tidak terlepas tali.

Dan untuk itu, setiap hati cilik anak-anak kita perlu memegang Al-Quran di dalam hatinya, bukan sekadar di tangan!

******************************************************************

Nota mama: 
Qaisara: 4 tahun 2 bulan :Tahap hafalan sekarang: 11 surah:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nass, Al-Kafirun, Al-Lahab,An-Nasr, Quraisy, Al-Ma'un, Al-Asr, Al-Kauthar.

Qaid:2 tahun 6 bulan, corrected age 2 thn 3 bulan:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-nass, Alkafirun (half), Al Ma'un(half), Al-kauthar, dan surah lain yang dibaca kakak, qaid dapat satu atau dua ayat awal...

***************************************

Oh ya,kenapa mama meminjam semangat ibu al-Fateh? Siapa Al-Fateh?
Mama akan ceritakan dalam next entry,insyaAllah.

************************************************************************

Nota blogger: Kenapa mama tak sebut nama seminar tu? Dan nama adik2 penghafal cilik seperti dalam picture di atas.?

Adik-adik berdua ini terlalu glamer, dan seminar itu sendiri terlalu glamer. Mama taknak orang yang search mereka akan terjumpa blog picisan mama ini. Blog mama ini cuma catatan peribadi mama dan mama taknak traffic yang tinggi datang membaca catitan mama ni. 

************************************************************

YA ALLAH, TELAH KAU BERIKAN AKU HIDAYAH, MAKA JANGANLAH KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI DAN JANGANLAH DI TARIK HIDAYAH ITU, DAN BERIKANLAH DARI SISIMU RAHMAT , SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI .

YA ALLAH, BERKATILAH USAHAKU, DAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAKKU MENJADI HUFFAZ.
AMIN YA RABBBAL ALAMIN.








7 comments:

Marya Yusof said...

As salam mama,

Tahniah! Kesedaran itu penting kan... Kalau kami berpeluang pasti kami akan lakukan seperti yang mama lakukan... rasa meremang pulak bulu roma baca entry ni... thank you so much! :))

Mama2Q said...

Wsalam marya...insyaAllah, sama2lah kita ya, asalkan ada niatnya, moga2 Allah tolong...

Marya Yusof said...

Hahaha... thanks ye Nurin sb bgtau salah tarikh tp mmg sebetulnya 30/3... typo..hikhik... tq, terus betulkan ;)

gadisBunga™ said...

niat yang baik akan Allah mudahkan. InsyaAllah! moga Qaisara dan Qaid akan jadi huffaz kebanggaan keluarga kelak. :)

~najwa~ said...

Memang selalu baca pasal tulisan ibu diorang ni. Ada juga subscribed email ibu dia. Beruntungnya jadi ibu diakan....
InshaAllah...usaha murni sgt mama2q. Nak ikut jejak juga :)

Mama2Q said...

GBunga insyaAllah, amin ya Rabb!!

Mama2Q said...

Najwa...insyaAllah, moga Allah mudahkan jalan kita, dan moga anak2 ini akan jadi penghubung kita ke syurga, amin...