Friday, December 31, 2010

New Hope



Peristiwa penting dalam hidup mama
2008- Kawin
2009- Anak Pertama Qaisara Nur Damia
2010- Anak Kedua Qaid Mukhlis
2011- Anak Ketiga???? Owhh!!!! Patutkah??   :P                            


Moga tahun baru yang menjelma ini akan memberi seribu lagi kenangan manis buat kita semua..insyaAllah..aminn.....

Alahai...keciknya...

Situasi 1:
^^Dah berapa bulan baby?
** Dah dekat 4 bulan
^^Eh 4 bulan? Keciknya ?
** Erm..Masa lahir dulu lagi kecik, 720gram jer..:)
^^Keciknya? Tak cukup bulan yer ..berapa bulan ?
**6 bulan dia dah lahir, sbb tu kecik
^^ 6 bulan dah lahir ? Eh boleh hidup ker kalau lahir 6 bulan ?
** Kuasa Allah kak..  Alhamdulillah Allah panjangkan usianya...


Situasi 2:
^^ Ala baby tomey2...baru lahir yer ?
**Taklah, dah dekat 4 bulan
^^Oooo..patut la nampak maknya dah sihat, tak macam org dalam pantang. Tapi apsal baby 4 bulan kecik jer, macam baru lahir ?
 &&&&& situasi 1 berulang ......

Situasi-situasi serta pertanyaan yg kerap mama alami...especially waktu bawa Qaid Mukhlis ke klinik pakar tempoh hari.

Dan ramainya orang yg tak percaya Qaid Mukhlis lahir sewaktu 6 bulan dalam kandungan. Kuasa Allah dan rahmatnya , Qaid Mukhlis kini membesar dengan baik dan sihat.

Allahuakbar!


Nyenyak di dalam baby cot baru...

Kaki di jari...

Masa lahir, seluruh tapak tangan Qaid hanya sebesar ibu jari mama, skrg dah besar!
Waktu lahir Qaid jauh lebih kecik dr anak patung ni....

ala la tomey tomey anak mama tu...beshnya tido...





Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara! Esok Cuti Umum, yeay!

Esok cuti umum

 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi. — Bernama
 _________________________________________________________________________________

Wah! Wah! Tahniah MALAYSIA !
Proud to be Malaysian!
Harap prestasi pasukan kita berkekalan yer...

Mama pun tengok gak sikit2 malam tadi, tapi takde la bersorak2, takde geng...papa night shift. Tapi kalau papa ada pun sure tak tengok , sbb dia tak minat pun bola-bola nih... (kaki bangku kot, heheh! syyy)

eh ! esok cuti umum? pesal mama lak yg beriya happy..kan mama memang cuti tiap-tiap hari....fulltime housewife la katakan...ihik..lupa la plak!....





Monday, December 27, 2010

Anak Dara Mama dah besar!!

Pejam celik, pejam celik, dah besar anak dara mama ni...Bulan depan Qaisara will turn 2 insyaAllah.
jom tengok picture Qaisara...

rembat tudung mama tau...
Dah ada handbag tau.....dah ada "baby"
Rembat handbag mama la tu...seb baik bag dah buruk...hahaha....

Handbag pun rembat mama punya,..anak atung kak amni punyer..;)

Dah pandai semayang.......

rukuk...ala nampak lutut la plak...

sujud...mane telekung ni sara
Dah pandai ngaji ....:)

Baca A Ba Ta dulu sblm kita ngaji yer...alamak tersexy la pulop


hi sume...nak kenalan leh...

Saturday, December 25, 2010

Cara mengelakkan stretch mark ketika hamil

Salam
Entry ini ditulis khusus untuk adik mama yg tengah preggy sekarang, dan juga utk pengetahuan pembaca lain, jika ada :)

Tengok picture la senang ceta:

ni bukan perut mama tau, credit to google.
Okey cik adik, ini adalah stretch mark atau dalam bahasa medicnya di sebut sbg Striae Gravidarum .
Striae ni berwarna sedikit kemerahan, yg biasanya muncul di trimester akhir kehamilan (mungkin lebih awal bagi sesetengah org) .
        Benda ni terjadi sebab regangan pada perut bila perut semakin membesar, ditambah pula dengan kesan2 hormon seperti glucocorticoid  yang menyebabkan fiber-fiber elastic pada kulit pecah dan mendedahkan tisu di bawah kulit (subkutaneous) yang penuh dengan salur darah.(sbb tu warnanya sedikit kemerahan)

Selepas bersalin, tanda regangan ini akan berubah menjadi putih dan kekal -dipanggil striae albicans (bila nampak ni, tau la yg wanita tu pernah bersalin, walaupun ada wanita yg tak ngaku pernah bersalin atas sebab2 tertentu)

Ingat, tanda ni kekal biasanya, so prevention is better!!.

Okey, yang penting sekarang ni nak cerita macam mana nak buat supaya kesan stretch mark ni tidak terjadi dan menghodohkan perut anda.
(bila mak bidan tengok perut dia cakap cantik la perut, mcm org tak pernah bersalin, padahal dah anak dua (hehe jangan jeles)....;)  )

Caranya: hehe senang jer, bukan mcm resepi bagai...

Sapukan minyak ke perut anda setiap hari 2x sehari, sejak dari awal mengandung-yakni sebelum perut meregang lagi, bukan sewaktu perut dah beso yer...!

Minyak apa nak guna ? haha...gunalah minyak apa2 yang anda suka...aiman tak kesah....:).....minyak masak buleh ker ?

Lagi satu, jangan sesekali menggaru perut anda, walaupun kegatalan melanda ketika akhir kehamilan ni..

Actually mama dulu guna minyak ni, dan alhamdulillah berkesan menghalang kemunculan stretch mark ni....

mcm promote la pulak, actually just nak kongsi kebaikan, tak dpt komisen pun...


















Mungkin ada juga org lain guna ni, tp tak berkesan. sebenarnya faktor kulit dan genetik turut mempengaruhi...so kalau jadi jugak, tak dapek la den nak nolong...

Kerana kita tidak punya siapa-siapa di sini....

Daerah ini...
Memangnya sangat asing buat mama...
Adanya mama di sini..
Hanya berbekalkan segumpal cinta dan sepotong janji seorang lelaki...
Lelaki yang bernama papamu..
Cerca dan nista pernah mama lalui..
Demi cinta itu..

Mama bahagia bertemankan dia..
Mama bahagia dengan kedatangan kalian...
Namun, pesan mama cuma satu...
Jika suatu hari mama tiada lagi..
Pulanglah ke daerah mama..
Kerana di sana mama sangat pasti..
Ada banyak cinta dan kasih buat kalian berdua...
Pulanglah ...
Kerana di sini kita tidak punya siapa-siapa....

Thursday, December 23, 2010

Kisah Kelahiran Saya :: by Qaid Mukhlis

Salam semua...
Hari ni Qaid nak cerita tentang kelahiran saya (seperti yg diceritakan oleh mama saya)

22 Ramadhan = 1 September 2010
 Hari ni saya telah berada dalam perut mama selama lebih kurang 24 minggu+
Entah kenapa, suddenly mama got PV staining. Tapi sebab sedikit, mama just ignore it and go to work as usual.

23 Ramadhan=2 Sept 2010
Mama still got PV staining. Still mama ignorekan jer dan work as usual. In fact today mama kena ke mesyuarat and presenting cases in front of the boss. Ada org tegur mama kelihatan pucat dan nampak penat tapi mama senyum jer..

24 Ramadhan =3 Sept 2010
PV staining mama dah jadi PV bleeding..bertambah banyak. Mama on leave today, tp still buat kerja macam biasa, mengemas dapur, dan bercadang mengemas bahagian atas rumah. Yer lah...kan next week nak raya! Tp nampaknya PV bleeding semakin banyak and mama start to worry.

25 Ramadhan = 4 Sept 2010
Hari ni PV bleeding mama semakin banyak, ditambah dengan perut mama start sakit, just like a mild contraction pain.
Saya kat dalam perut mama, masih aktif bergerak dan menendang perut mama. Hari ni, disebabkan adanya contraction pain, papa bawa mama ke hospital (HSIJB).
Kat sana mama dilihat oleh seorang doktor pelatih (HO) dan sorang doktor (MO). Diaorang just wat scan and informed that mama's placenta is low lying, causing the PV bleeding. And frustrating thing is they didn't do the CTG (cardiotogograph) to detect any contraction. So mama was allowed home and adviced for bed rest.

26 Ramadhan=5 Sept 2010
Hari ni perut mama semakin sakit, contraction even more frequent, and it makes mama worry so much, that brought mama to Hospital Penawar. There mama was seen by the O&G Specialist (Dr Suhaimi) and he gave mama medication to stop the contraction and pain. Mama was admitted for bed rest in the hospital.  For the very first time mama tinggalkan kakak Qaisara, and misses her so much.

27 Ramadhan=6 Sept 2010
Contraction semakin kurang, however the bleeding still continues. Mama just have a good rest in the hospital. Mama cakap saya kat dalam perut masih bergerak aktif ketika ini.

28 Ramadhan= 7 Sept 2010
Hari ni sakit perut mama dah hilang, dan PV bleeding pun dah berkurang walaupun tak hilang terus. Since lagi 2 hari adalah hari raya, the doctor allowed mama to be discharged around 2pm. Alhamdulillah. However around 6pm, the contraction pain felt again. Mama tahankan lagi, dan papa ke tempat kerja seperti biasa. Malam: sakit mama bertambah2 dan papa terpaksa dipanggil pulang. Papa sekali lagi menghantar mama ke Hospital Penawar dan sekali lagi mama ditahan di ward. Kakak Qaisara papa tinggalkan di rumah baby sitternya, mamaLin.
Di ward, sekali lagi doctor cuba memberi ubat penahan sakit serta penghilang kontraksi. Namun, sepanjang malam itulah mama terus-terusan kesakitan.


29 Ramadhan = 8 Sept 2010
         Pagi, lebih kurang jam 6am, sakit mama tidak tertahan lagi. Dan darah membuak-buak keluar hinggakan mama fikir saat untuk mama di dunia ini tinggal sekejap cuma lagi. Sempat mama panggil papa dari tempat kerjanya dan sempat mama hantarkan pesanan ringkas agar  mak dan ayah mama mengampunkan dosa mama, serta menitipkan pesanan agar menjaga anak-anak mama jika mama yang pergi dulu.
        Sebab mama sangat tahu tentang komplikasi bila low lying placenta seperti mama mengalami pendarahan serius, kadang-kadang memang mengundang maut. Doktor yang kebetulan baru saja pulang ke rumahnya setelah selesai kesnya di hospital ini segera bergegas kembali lagi untuk melihat keadaan mama.
Melihatkan keadaan mama yang agak serius ketika itu, the doctor decided to refer mama to government hopsital.  ** ini amalan biasa yer, bilamana hospital swasta seperti melihat pesakit tidak punya harapan lagi, akan segera dihantar ke hospital kerajaan, kerana servis dan kepakaran di hospital kerajaan memang tiada tandingan.**

Ketika ini, kata mama,denyut nadi serta jantung saya di dalam perut mama tidak lagi dapat dikesan. Dan ketika mama akan diangkat ke stretcher ambulan itulah, mama dapat merasakan kehadiran saya di pintu rahimnya yang sudah segera ingin keluar. Ketika itu, kata mama. mama tinggal pasrah pada apa jua keadaan anak mama ini, kerana mama memang sangat tahu semua komplikasi bagi bayi premature seperti saya.

Dan seperti yang tertulis di daun masa, tepat jam 6.25 pagi 29 Ramadhan itu, lahirlah saya, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Segera saya dipindahkan ke hospital kerajaan kerana kelengkapan yg lebih baik serta kepakaran yang ada di sana dalam menguruskan bayi pramatang seperti saya. Namun doktor pakar kanak2 yg bertugas di Penawar itu juga sesungguhnya telah berusaha agar saya dapat diselamatkan. Beliau sendiri yg mengiringi saya hingga sampai ke hospital HSAJB.

Sesungguhnya, kelahiran saya memang tidak mama jangka, namun takdir yg tertulis buat saya adalah begini. Takdir seterusnya sepanjang perjalanan hidup ini masih dalam rahsia  Ilahi. 
Kata papa, birthday saya cantik nombornya, 080910.
**oh yer, papa kenalah keluarkan satu lagi zakat fitrah untuk saya! Lagi 2 hari kan hari raya. !!***

Kata mama lagi, syukur sesungguhnya pada Allah kerana terus mengizinkan saya bernafas hingga saat ini, dengan sedikit komplikasi yang saya alami. Mengikut rekod (kalau tak silap mama, bayi pramatang yang direkodkan hidup di Malaysia adalah dari umur 24 minggu , dan saya adalah salah seorang dari mereka) (means belum ada bayi yang lahir sebelum 24 minggu yang survive).


Istilah perubatan yang mama dan saya guna di dalam entri ini ::

1) PV Bleeding - Per vaginal bleeding = orang biasa selalu cakap "turun darah".
2) Contraction pain - sakit berirama yang datang ketika akan bersalin
3) Placenta -uri
4) CTG -Cardiotocography -sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kehadiran jantung bayi dan juga contraction.
5) O&G Specialist - Obstetric and Gynaecology  Specialist- Pakar sakit puan dan perbidanan.
6) 24 minggu kehamilan = 6 bulan
7) HO- House Officer  = doktor pelatih (1st year bekerja dipanggil HO, menjalani training sambil bekerja yang dipanggil housemanship)
8) MO- Medical Officer = pegawai perubatan (after completed the 1st year housemanship)

 **********************************************************************************

Oh yer...kenapa saya cerita semua ini hari ini? Sebab hari ni, 23.12.2010 adalah hari due date saya.  Kata mama, hari inilah tarikh jangka kelahiran saya yang sebenar!!

For the rest of my life....

Semalam, sewaktu menunggu papa mendapatkan kereta selepas selesai pemeriksaan Qaid Mukhlis, mama terpandangkan satu insiden yang buatkan air mata mama bergenang  . ** tahan kuat-kuat agar tak jatuh depan org, ok!**

Mama nampak satu couple, pakcik (50s-60s) dan sorang makcik (50s) kat depan tempat menunggu tu. That makcik was on wheel chair, dan pakcik itu, dengan kudrat yang tidak seberapa, terkial-kial mengangkat makcik yang tidak berdaya bergerak untuk masuk ke dalam kereta.( makcik agak berisi sikit). Namun walaupun terpaksa begitu, mama nampak keikhlasan dan kasih sayang terpancar di wajah pakcik tua terhadap isterinya.

So touching... so loving....
Penuh kasih sayang..
Dengan cintanya....
Meski dimamah usia, cinta dan kasihnya tetap sama...
Meski makcik kini tidak lagi bertenaga hingga terpaksa dibantu menguruskan diri, cinta suami tetap utuh buat sang isteri..

Suddenly mama become so emo, jika suatu hari mama tak berdaya lagi,  will papa's love remain forever?? Will he be with me for the rest of my life? 

Tetiba teringat lagu yg papa nyanyikan utk mama  : Maher Zain ::::For the rest of my life:::::
***haha...walaupun papa tak ckp yg papa dedicatekan utk mama, tp sbb papa nyanyikan depan mama, kira utk mama la kan!***

I praise Allah for sending me you my love   You found me home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart  I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally For the rest of my life  I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you.loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart


******Mama hope that papa's love will be forever and ever till the end of my life****

p/s ::: mood emosional...hehe

Wednesday, December 22, 2010

Specialist Appointment

Hari ni, mama and papa brought Qaid to hospital for 3 appointments. First he need to see ophthalmologist, 2nd ENT specialist and 3rd is for hearing assessment.
        We arrived there around 930am eventhough the appt is at 8am. Nak buat camne, papa just arrived home at 730am after his night duty. Sampai kat klinik mata, mama terus gi amik nombor. Waduh2...sungguh ramai makhluk Tuhan di situ...mama dapat nombor 215, sedangkan current nombor baru lah 134. Imagine or not how many hours we need to wait. Itu baru nombor kaunter. Pas nombor kaunter, kena tunggu ambil nombor utk bilik Dr lak.
     Sementara tunggu dapat nombor kat klinik mata, kami ke level atas, ke klinik ENT /ORL plak. Kat sini tak seramai kat klinik mata. Dapat nombor 3. Sementara tunggu dipanggil, mama bawa Qaid ke bilik Hearing Test. Kesian papa, sampai tertido-tido kat waiting chair tu, punya la lamanya menunggu.

Owh..tujuan why Qaid perlu jumpa all the specialist?

1) Jumpa Ophthalmologist/ Pakar Mata - utk review balik keadaan matanya selepas operation that day. Alhamdulillah, doc cakap ok.

2) Jumpa ENT/ ORL - Sbb lepas operation hari tu kan Qaid develop stridor, berbunyi bila bernafas.  So ni pun dah ok, Alhamdulillah.

3) Hearing test - nak test pendengaran Qaid - alhamdulillah pass for both ears.

Habis semua pemeriksaan at 1pm..Fuhh lapo sehh... makan roti dulu ahh sblm sampai umah.
Sblm balik singgah kat ward A3, ambil discharge summary note Qaid yang doc baru siapkan.

Notes:
* Ophthalmologist-Pakar Mata
* ENT-Ear, Nose and Throat atau nama lain ORL (Otorhinolaryngology)


sedap tido di pangkuan mama, on d way gi spital..tgk tangan takmaunyer masuk dalam bedung

Monday, December 20, 2010

Mari Belajar Bahasa Jepun Bersama Qaisara san

Hari ini cikgu nak ajar bahasa jepun yer murid-murid..

Dukkatey (katey=bunyi mcm satey)
Makkatey
Pakkatey
Tokkatey
Shikkatey
Lokkatey
Dikkatey



Erm...(pikir  sambil mata jeling ke siling )
Apa lagi ekk... achikkatey
Lagi...hahaha....apa2 word pun boleh jadi bahasa jepun, sambungkan jer dengan word katey kat belakang tuh)....

Word word ni semua sampai sekarang mama tatau apa maknanya...(dicreate oleh Qaisara )

Ni picture terbaru qaisara with her lil bro

Adik tido..(.muncung mulut =doo)

Yeah..papa tak tengok, leh la kaco adik...heheh