Saturday, July 30, 2011

Update tentang baby QAID


Adik kini berusia hampir mencecah 11 bulan , however corrected age 8 bulan.....masih sepenuhnya minum susu mama.
Adik dah jauh meneroka serata rumah bila mula menjulur ke depan sejak last week..
Actually dah dari bulan lepas dia cuba2 move forward tp siri demam dan bronchiolitis yang dialami membantutkan usahanya..
3 minggu pulih dari masalah pernafasannya, dia semakin ceria, semakin vocal dan makin kuat untuk menolak dirinya ke depan...Alhamdulillah.
Huruf pertama disebut adalah T - atetetete.....
Bila nak sebut mama ni dik?

Dua hari lepas sekali lagi adik mengalami demam panas..demam yang tidak kebah walaupun with 3hourly PCM given...susah hati mama...lagi susah hati babysitter nya...Sehari sebelum tu kakak yang demam, tp demam kakak surut bila diberi panadol/PCM.
Petang jumaat: kami bawa adik ke hospital Penawar, tp doktor pakar kanak2/ paediatrician kat situ takde pulak, dan kliniknya juga diitutup. So kami cuma berjumpa doktor biasa di klinik pesakit luar hospital tersebut. Mendengar kan Qaid adalah baby pramatang, bukan pramatang biasa, tp sangat extreme premature, doktor tersebut tidak berani mengambil risiko, ditambah pula demam adik yang mencecah 40 degree celcius.

So direfernya adik ke pakar kanak2 di hospital lain iaitu Regency Hosp. Pertama kali kami ke sana. Dan pertama kali doktor tersebut diberitahu yang Qaid lahir pada usia 24 minggu, dia tak percaya, dan berkata
"Are U sure??" Mama dan papa serentak cakap "sure!!"  (Doktor tu taktau mama pun doktor juga, so dia ingat mama ni org biasa yang tersilap kira usia kandungan..hihi)....
Tp mendengar berat lahir Qaid hanya 725 gm, dan tinggal di hospital selama 3 bulan, baru dokte tu percaya...
Amazing story agaknya....dan yang amazing tu adalah kerana kuasa Allah yang Maha Pengasihani....Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

Dan hari ini , melihatkan perkembangan adik (usah dibanding dengan anak yang lahir normal kerana pastinya tak akan sama), tp berbanding corrected age nya sendiri....adik dikira tidak mengalami sebarang development delay setakat ini...ALHAMDULILLAH...syukur sangat2 dah...

Dan pastinya kami mengharapkan dia juga akan menjadi anak yang bijak, sebijak kakak....jadi professor kata atuk...insyaAllah....
Owh..dah lama tak update tentang kakak kan....sabar yer kakak....nanti mama update cerita kakak yer...untuk tatapan bila kakak dah bisa membaca nanti......


Sesuatu yang mama suka bila adik dah pandai bergerak ke depan adalah, adik semakin pandai mengusik kakak...dicium2 pipi kakak sambil kakak menjerit2 tolak adik, sbb kakak tak suka air liur adik..hahaha......








3 comments:

Deena Yasmin said...

comel jer qaid cium2 pipi kakak dia (^_^)

AI said...

- moga qaid sihat2 lah ye...

Mama2Q said...

Thank you Ai...moga2 gitulah...
Deena...hehe..comel sgt...