Thursday, October 30, 2014

Bila Muaz demam

Assalamualaikum.
Ini cerita tentang anak bujang kecik mama.

Actually ini bukan kali pertama muaz demam .Dia dah pernah kena sblm ni 2x tapi demamnya baik sendiri..selsema pun sblm ni baik sendiri..mama tak bagi sebarang ubat...alhamdulillah dengan exclusive breastfeeding, selsema dan demamnya baik secara semulajadi.

(NOTE:Baby bawah 2 tahun tidak boleh diberi ubat batuk dan selsema kerana boleh menyebabkan respiratory suppression )

Untuk kali ni sabtu dia mula demam. Beberapa hari sebelum tu dah batuk..kerana terlampau panas,mama beri dia syrup paracetamol.
Ahad...mama hantar ke babysitter as usual. Bila bekerja mama lupa anak sendiri.maaf sayang. Malamnya mama dapati suhunya mencapai hampir 40°celcius. Ditambah dengan diarhoea dan muntah. Terus mama capai kunci..angkut ketiga2 Qs ke clinic ..(papa kerja mlm). Sebelum tu qaisara minta mama masakkan bihun sup,tapi dengan condition baby yg merengek tanpa henti dan suhu yg melampau ,mama mohon pengertian kakak sara supaya mlm tu kita cuma mkn nasi yg dibeli.Alhamdulillah qaisara anak yg sgt understanding dan faham kondisi mama.
Tengah malamnya suhu badan muaz masih tinggi..pukul 4 pagi berak dan muntah lagi.
Esoknya mama terpaksa hantar muaz seperti biasa ke babysitter. Alhamdulillah bbysitter juga sgt baik dan caring. Balik ptgnya keadaan muaz masih sama..masih panas. Muntah dan berak di tgh malam. Merengek.
Selasa sama...panas despite ubat yg dimakan. Sama juga berak di tgh malam.
Rabu..mama balik kerja.... alhamdulillah suhu badannya akhirnya mencapai normal.
Tapi badannya pulak dipenuhi bintik2 ruam..mama harap bukan denggi. Amin
Dan mama harap muaz cepat sembuh..







posted from Bloggeroid

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam...

harap Muaz sudah sembuh by now...

salam kenal