Friday, June 13, 2014

Cerita Qaweem , abang Qaid dan kakak Qaisara

Assalamualaikum

{Ini entry tidak bergambar( malas nak cari gambar). Mama just nak catatkan perkembangan Qaweem Muaz Al Fateh yang belum sempat mama catatkan sebelum ini. Warning...Entry ini mungkin sangat panjang.....}

SEBULAN PERTAMA (0-30 DAYS)
Qaweem lahir 2 hari sebelum kehilangan MH370.
First time abang Qaid tengok baby di hospital, memang saat yang mengharukan. Ada videonya, tp panjang sgt utk diupload. Lagipun abg Qaid datang hanya pada hari kedua kelahiran adik...so mama miss him and kakak so much....

Balik rumah, abang masih sangat excited, mungkin sedikit terkejut dengan kehadiran baby. Tapi nampak jelas perasaan sayangnya pada baby. With his own way :)
Dicium adik, kadang2 cuma dicakar juga baby..memang mama tak boleh lepa.
Alhamdulillah waktu2 yang mencabar , berpantang tanpa bantuan mak atau sesiapa di sisi, hanya papa mama harapkan. Alhamdulillah papa berkesempatan bercuti selama 10 hari pertama itu.
Penat, stress, dan kadang2 menangis itu biasa ( Bukan abang Qaid, tapi mama ).

3 hari pertama, nenek mereka (mertua mama) ada datang menolong, memasak yang simple2. Tapi kerja rumah yang lain masih harus mama beresin! Mujur ada papa, sedikit sebanyak kurang beban itu, walaupun papa bukan 24 hours di rumah.

Waktu2 awal itu, entah kenapa abg Qaid pun makin 'menjadi'  perangainya, hingga mama selalu kecundang. Ya, mama gagal kadang2 mengawal marah. Mungkin akibat kepenatan. Waktu tidur adalah sangat mencabar bila abg Qaid melompat2 atas katil, mengacau baby, meng'loud'kan volume handphone, dan macam2 lagi sedangkan mama mahu cepat tidurkan baby, supaya mama juga cepat dapat berehat.
Selalunya berakhir dengan tangisan si abang bila mama ugut mahu letakkan di luar. Maaf sayang. Mama tahu ugutan sebegitu tidak baik untuk kamu...tapi mama memang terpaksa waktu itu.... :(

Kakak lebih mudah diurus. Boleh diminta tolong ke sana ke sini. Alhamdulillah. Kadang2 saja pinta perhatian, mahu disuap makan. Dan selalu mahu ponteng sekolah sejak kehadiran baby., gara2 melihat mama di rumah. Owh...kakak dari dulu lagi sedikit jeles kalau tahu mama ada di rumah, terus saja dia juga mahu ponteng...huhu.....Hurmm

Kini selepas 3 bulan, kenangan menidurkan baby dalam keadaan sangat mencabar itu menjadi satu kenangan yang sukar mama jelaskan di sini...Kenangan melihat baby yang tidur nyenyak tanpa banyak kerenah.
Owh. Qaweem memang anak yang baik sekali....Ditidurkan, kadang2 sampai pagi lenanya. sudah tentu mama cuba kejutkan, tak mahu bacaan jaundicenya meningkat, tapi dia nyenyak betul!

3 minggu berpantang di rumah sendiri, kita pulang ke kampung mama. Harapannya, proses berpantang mama lebih terurus .....
(ITU NANTI KITA SAMBUNG CERITANYA KEMUDIAN..TENTANG BERPANTANG DI KAMPUNG, YA)

Sebelum mama lupa, mama nak catatkan tentang kesihatan baby Qaweem sebaik saja lahir.

Qaweem Muaz mengalami jaundice, sama seperti kakak Qaisara. Off course mama tak memangis lagi ketika darah anak diambil utk pengesanan jaundice (masa anak pertama, waduh...malu sama itu nurse, bila beriya2 mama menangis bila kakak kena cucuk)...

Bacaan jaundice Qaweem Muaz

9/3/14 - 15.3 mg/dl (Klinik Kesihatan)
10/3/14 - 11.6 mg/dl (PGudang Specialist)
13/3/14 - 16.0 mg/dl  (PGS)
14/3/14 - 14.8 mg/dl (PGS)
16/3/14 - 14.0 mg/dl (PGS)
20/3/14 - 9.0 mg/dl (PGS)

Alhamdulillah selepas 14 hari, bacaan jaundice Muaz berkurang. Ni semua gara2 Muaz yang minumnya sangat sedikit, tidurnya banyak. Tiada kaedah lain mama buat selain susu dan susu, walaupun macam2 juga dipetuakan orang.


Bersambung.......





3 comments:

Sha Nikitasakura said...

salam kenal.tringat zmn sy ms bersallin dulu..

Mama3Q said...

salam kenal juga sha nikita.....

gadisBunga™ said...

baca-baca... scroll-scroll.. pastu abis. panjang sangat kan??? :p

Abang Qaid kan used to be bongsu dulu.. so mesti la take time sikit nak behave as a abang. mesti nak perhatian kaw-kaw lagi tu. hihi~