Monday, July 30, 2012

Penatnya seorang Qaid men-shoppingkan diri

As-salam
Kata nak raya kan...insyaAllah.....
Apa lagi..beria lah 2Q membeli belah...
Kakak lah yang paling happy...
Tahun ni dia dah pandai appreciate apa itu raya dan apa itu keseronokan membeli belah utk raya...
Baju raya, kasut raya, kuih raya dan duit raya.....
Lagi seronok bila kakak diberi peluang buat pilihan sendiri


Adik Qaid ngikut ajer...sampai penat2 badan tak larat celik mata pun tak cakap apa....ekeke







Friday, July 27, 2012

Mak janda mengaku dara..akhirnya pecah tembelang di depan doktor itu

Ada seorang wanita Indon, umur 38 tahun,
Berkahwin juga dengan lelaki Indon yang bujang trang tang tang juga......
Datang untuk check, untuk kali pertama mengandung....
Pertama kali tengok perut jer dah tahu....ini bukan kandungan pertama...
Bila ditanya, akhirnya mengaku sebenarnya sudah punya 2 orang anak dan pernah sekali keguguran...
Tapi itu dengan suami terdahulu...
Anak-anak sekarang dengan suami lama di Indon..
Suami sekarang tak tahu kisah lama, mati2 ingat dia kawen dengan anak dara.....
Malu2 alah selepas tembelangnya pecah...
Tapi katanya lepas ni dia nak bagitahu suaminya rahsia sebenar...
Taknak lagi menipu seumur hidup..

Nak tahu macam mana doktor boleh tangkap dia menipu?
Sebab Striae Albicans
Dulu dah pernah ceta kat SINI....

Tapi kan..rasa-rasa kan, apa benda dia buat atau makan sampai husband baru dia tak perasan yang dia bukan anak dara eh?? 
Jamu kah? ehem...nak kena pegi cari jugak kot...ngee....

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah...kami dah baik...

As salam auntie semua...
Ini Qaisara dan Qaid....
Kami dah baik dari sakit....
Alhamdulillah....
Harap2 tonsillitis tidak menyerang kami lagi....
Kami kesian dgn mama dan papa kami
Tak cukup tido bila kami diserang demam
Kami (especially qaisara) suka merengek bila demam
Alah..sebenarnya sara sajer jer...nak manja2 dgn mama dan papa
Kalau mama boleh dukung adik qaid, kakak sara pun nak didukung juga...
Tak boleh dukung lama2, dukung dari kereta ke rumah babysitter pun jadi lah....
Tapi sebenarnya sara kesian juga kat mama tu...dah la kecik, kena dukung kakak yang besar ni pulak...
Huhu....maafkan sara ye mama.....
Nanti mama dah tua, kakak janji kakak pula akan jaga mama baik2....
Kalau mama dah tak larat jalan nanti, kakak pulak yg dukung mama.....InsyaAllah.....
Kakak sayang sangat dengan mama dan papa tau...
Muahhh....

Sunday, July 22, 2012

Qaid dan Tonsilltis...dan tentang mukjizatnya Al-Quran...

  Status di FB mama mlm ni (di wall  JEWEL group):-

Di mlm pertama ramadhan semlm qaid mukhlis berjaga dari kul 230pagi sampai kul 2 ptg td ..disebabkan demam tinggi sampai 40°celcius..diserang tonsillitis. taknak mkn taknak minum..akhirnya kul 2ptg td tido atas pangkuan mama setelah mama alunkan yasin sebyk 2 x di telinganya..alhamdulillah beransur kurang panasnya mlm ni...doakan qaid cepat sembuh yer mommies..

Yer...dia diserang tonsillitis lagi...merengek sepanjang hari, refuse feeding and milk.....

Alhamdulillah malam ni demamnya beransur kurang setelah diberi antibiotik.....namun demamnya  masih perlu diberi paracetamol....

Dan malam ni..malam kedua ramadhan....kakak pula tiba2 mengadu: Mama, leher kakak ni panas la..kakak nak makan ubat....setelah mama periksa ternyata kakak juga demam...cepat2 mama berikan kaka PCM...
Aduh...anak-anakku....

Sungguh ujian kesakitan itu penghapus dosa....


Nota: JEWEL- kumpulan di Facebook  (Malaysian Premature Babies' Family United)

Friday, July 20, 2012

Doa supaya anak cerdik dan pandai

Salam...
Sharing UstazDonDaniyal photos



Moga Anak2 mama akan jadi anak soleh dan solehah....amin


SALAM JUMAAT KAWAN2! DAN SALAM RAMADHAN ....
Moga rahmat Ilahi memenuhi hidup ini.....

Thursday, July 19, 2012

Bersengkang mata

Demi ini:-

Wajah kesayangan hamba; Qaisara Nur Damia
  Dan ini:
 
Belahan jiwa raga; Qaid Mukhlis


Tak lupa yang ini:


Agak2 ok tak nak hantar pegi print...? 
Plannya nak hantar ke sini


Tuesday, July 17, 2012

Orkid Berwajah Kelawar?

As- Salam
Picture lama dalam koleksi mama (2010)
Taman Orkid MIL
Ada byk species sebenarnya...tapi nak tunjuk 2 jenis ni saja



Perhatikan betul2 tengah kelopaknya, ada mcm muka apa2 tak....seram pun ada...hehe
Bunga orkidnya berbentuk macam rama-rama pun ada...bhgn tengahnya berbentuk kelawar kan

p/s: Malas nak google nama saitifiknya...Gadis bunga sila tolong...heheh






Friday, July 13, 2012

Kisah Lelaki Tua dengan matanya

As-salam

Ini tentang seorang lelaki berumur 70-an, menghidap penyakit darah tinggi, dan sedikit masalah jantung.
Tiba-tiba mengalami masalah penglihatan, yang mana selepas dirujuk ke doktor pakar mata di sebuah hospital kerajaan, didapati masalah matanya tidak dapat diubati lagi. (mama tak pasti diagnosis sebenar bagi matanya). Kata doktor pakar: masalah pakcik ni kalau pegi ubat kat Singapore pun memang tak boleh baik lagi. Lagipun pembedahan itu akan membahayakan dirinya lantaran penyakit jantung yang dihidapinya.

Okey..tidak berpuas hati, dan atas semangat ingin berusaha, pakcik ini mengambil rawatan homeopathy. Berulang alik beberapa kali ke homeopathy, matanya masih belum pulih  dan terang seperti ketika muda.

Masih tidak putus asa, dan atas dorongan anak-anak,  pakcik ini akhirnya dirujuk ke sebuah hospital pakar mata swasta, di mata di sana, beliau dijadualkan untuk dibuat pembedahan mata membuang katarak/cataract, kerana katanya ada cataract pada matanya.

Maka pembedahan pun dilakukan. Namun malang sekali mata si pakcik masih kelabu berbalam-balam, tiada perubahan walaupun pembedahan cataract telah dilakukan. Sekadar sejalur cahaya dapat dipandang.
Akhirnya beliau terpaksa redha dan hidup dengan menjaga sebelah matanya lagi yang masih boleh digunakan.

Moral of the story:

1. Sewaktu pakar mata di hospital kerajaan berkata matanya tidak dapat diubati, mungkin diagnosis sebenar adalah lebih teruk dari cataract contohnya yang melibatkan retina seperti vitroues hemorrhage atau retinal detachment. Itu memang dah tak boleh ubat. Kalau setakat cataract, dah lama pakar mata gomen tu boleh buat...Pakar gomen bukan teruk sgt sampai cataract pun tak boleh nak ubati. Means that they are genuine in treating patient, tidak mencari untung semata2. Yang tak boleh ubat, dicakapnya tak boleh. Bila ke swasta, ada kemungkinan sebenarnya penyakit pakcik ini bukan cataract pun, tp pembedahan tetap dilakukan atas sebab keuntungan. Bukannya pakcik ni tau pun dia ada cataract ke tidak. That's why ganti kanta baru pun masih tak nampak.

2. Mata kita- anugerah yang tiada galang gantinya. Sekadar ingatan buat diri mama sendiri dan anak2 mama yang akan membaca diari ini bila dewasa---Sewaktu muda ni lah, sewaktu mata masih terang, masih boleh membaca, masa inilah kita nak guna mata itu utk ke arah kebaikan. Masa ni lah nak baca quran, nak hafal quran, dan sbgnya.

3. Setiap penyakit boleh diubati-itu kata Rasul. So selagi hayat ada, jgn putus asa berusaha merawat penyakit jika ada. Sebaiknya elakkan penyakit jika boleh, teruatama penyakit yang boleh dicegah dengan healthy lifestyle seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan kegemukan. (sekali lagi ingatan buat diri mama sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup sihat-mama makan banyak, tiada exercise, atau lain perkataan sedentary lifestyle!)

Tapi dalam mencari rawatan, sebaiknya jangan sampai tertipu. Minta pendapat orang lain yang pakar juga jika waswas. Cari dr org yg ikhlas mengubat, dan jgn dicari sampai membawa kepada syirik cthnya ke bomoh yg menggunakan alat2 atau bacaan yg beriktikad selain ALLAH...

4. Jika sakit tidak lagi dapat diubati, maka redhalah....jgn disoal ALLAH kenapa aku yg sakit, kenapa aku yg diuji...kerana sakit itu kifarah dosa....Redha juga adalah satu ubat, dengan redha, hati akan tenang, walau mata tidak terang, tp dgn redha, hati yang akan lebih terang....


Sedikit peringatan di hari jumaat utk diri sendiri.....

Wallahualam


p/s: 'pakcik' di atas adalah seseorang yang mama sayangi dan hormati, namun apakan daya, mama tidak mampu memberi pandangan atau pendapat dalam hal ini. 


Tuesday, July 10, 2012

Kaktus mama berbunga lagi!

Ingat tak dulu mama pernah tunjuk putik kaktus di entry INI
Apa yang mama lupa nak bagitau waktu tu adalah, putik tersebut sebenarnya layu sebelum sempat ia berkembang. Atau mungkinkah ia berkembang tanpa mama sedari hingga akhirnya apa yg mama nampak hanyalah kuntuman yang layu.


Jumaat lepas, sekali lagi kaktus mama mengeluarkan putiknya. Kali ni, hari2 mama belai ia, dan mama berbicara dengannya. 
Dengan harapan ia akan terus berkembang.
Haha..saiko tak cakap dengan bunga?? Kalau dengan Gadis Bunga ok la kan? Hehe



Petang jumaat 6/7/2012 @ 5.30pm

Pagi Sabtu, 7/7/2012 @ 7.00am

Sabtu 7.00am-kembang mekar, tak wangi tapi!

Sabtu, jam 9.30am--sudah mula menguncupkan diri..huhu...sedih...sekejap benar masa dikau mekar wahai bunga!








Petang Sabtu, mula kuncup seperti asal....dan hari ni, Selasa, mula berubah warna tanda akan layu dan akan gugur....
Mama tak sangka mekar bunga kaktus ni hanya sehari...

Monday, July 9, 2012

XXL kan kakak punyer!


Dari kecik kakak memang suka pakai Petpet..
(Actually mama yg suka, sebab bagi mama it's the best dari segi penyerapan dan kadar kebocoran.)
Beberapa kali pernah cuba jenama lain, tp mama tetap berkenan dengan Petpet.

Tapi bila tiba kena tukar ke size XXL, mama terpaksa menerima Huggies seadanya, disebabkan Petpet tidak dikeluarkan utk budak gumuks or budak besar sgt....
Lepas Huggies satu pack, try pulak Drypers, in order to find the best diapers selain Petpet.....

Drypers no so bad, boleh tahan...
Tapi hari ni papa balik dengan satu jenama  baru yg mama tak penah dengar..
Tanya papa...jenama murah ker ni, papa cakap lagi mahal ada la...utk 20 pcs jer dah rm30 lebih....
Mungkin senang sikit kakak nak pakai sendiri yang ini, sbb macam seluar...

Actually kakak cuma perlukan diaper time nak poo-poo...sebab hingga kini masih taknak B.O kat toilet....duduk berjam pun takmo kuar....hahaha

Lagi satu, time malam nak masuk tido pun mama pakaikan jugak, (kes mama malas nak bangun trainkan dia kencing kat toilet malam2.....huhu....)

Balik jer rumah ptg td, kakak tgk pampers baru yg papa beli ...terus dia jerit..."mama, kakak ada pampers baru la....."
Haha...excited  tak bertempat tau kakak!
Mama saje jer cakap, taklah itu adik punya la....
Dia jawab balik...kakak punya la ni, kakak punya kan besar, ni ada tulis XXL...

Hahaha...yer la kakak...takleh nak kelentong budak2 skrg ni....
Mama dulu cuma paham konsep S,M, L , XL, dan XXL tu masa dah sekolah menengah agaknya...
Mungkin sbb mama tak pakai pampers kot!!
Org kampung kan...pandai pakai lampin kain jer noks....

Oh yer...motip entry::.....semalam gi timbang berat kakak: 16.3 kg....masih di garisan putih.....
Adik plak at age of 22 months ini cuma 8.5kg....di bawah garisan merah rasanya...
Hai...bila la nak besar ni dik.....