Sunday, September 30, 2012

Cuti-cuti Melaka Lagi

As salam.
Excited sungguh qaisara bila mama ckp nak g tido hotel kat Melaka. Bajet tak penah tido hotel..muahaha.
Eh ada la sara. Dulu kan dah penah beberapa kali tido dah-walaupun itu hotel bajet. hehe.

Kali ni mama dijemput ke scientific meeting di Equatorial hotel melaka. Tp kami takde la nginap sana. Mana cukup kelayakan duduk 5 star nak oii.. So kita cuma dok kat Mahkota Hotel. Ok la tu kan..

Ni pic view from our balcony.. Nanti upload lg..Muah






posted from Bloggeroid

Wednesday, September 26, 2012

Rabun jauh

As-salaam..
Setelah berminggu hidup tanpa internet, akhirnya hari ni internet mama kembali normal....
Dah boleh update cerita2 yang tertunggak sejak 2 minggu lepas....

Mula2 nak cerita adalah........
Sedikit  update tentang mata adik Qaid Mukhlis.
Last week 19/9/2012, adik sekali lagi menjalani visual acuity check....dan hasilnya....
sama seperti 6 bulan dulu, mata adik memang confirm rabun jauh, atau short sighted.
Sebelah kanan power adik 150, manakala sebelah kiri 400.

Kesian adik, kecik2 dah kena pakai spek....
Lagi 2 bulan kena check lagi, kali ni dengan bercermin mata...

Balik spital, terus gi kedai spek, tempahkan sepasang cermin mata buatnya.

Yang mama tengah risaukan ni, boleh ke adik pakai spek tu? Mesti dia akan tarik2 keluar.
Dan kalau pun dia boleh tahan, tak tarik spek tu, mcm mana dengan baby lain jagaan babysitter, terutama sekali raudhah yang agak sedikit kasar tu....
Aduh....
Moga2 segalanya dipermudahkan.....

kesian anak mama....rabun cam mama jugak....hasil komplikasi prematuritinya.....
Segalanya kehendak Allah....maka redhalah...

Saturday, September 22, 2012

Hidup tanpa internet...

...is so bored,ok! tak blh blogging,x boleh facebooking..

Ini semua gara2 bband mama dah dah exceed the limit. puncanya,sbb papaingat 31hb hari tu adalah last day utk bulan itu,so dibukanya youtube bg 2Q tgk ceta Boboiboy! huhu.

Nasib baik ada internet kecik di tangan ni..Tp to En Samsung. Tp still x puas.tgk fb pun kecik,nak blog pun susah,sbb byk pic yg nak diupload ada dlm laptop.

Makanya byk lah entry tertunggak yg mama simpan dulu sehari dua ni. Nak blogwalking ke rumah kwn2 pun susah. Nanti bb mama dah ok,mama lawat kwn2 ye..
posted from Bloggeroid

Monday, September 10, 2012

Happy Birthday my Little Fighter!

As-salam.

Untuk anakanda Qaid Mukhlis, mama minta maaf  terlambat menulis entry ini. Sekadar entry buat kenangan adik, agar adik tahu betapa mama  dan papa sangat sayangkan kamu..

copy paste dari fb mama:
8.9.2012: Genaplah usia my little fighter, baby Qaid Mukhlis 2 tahun....alhamdulillah....siapa sangka dari sekecil tapak tangan, dari seberat 725 gram, anak yang lahir 4 bulan lebih awal ini mampu berjuang dengan izin Allah...anak ini kini mampu menghafal A for Apple until Z for Zebra...mampu mengucap takbir dan tahmid....mampu mengira 1-10, serta puluhan vocab yg lain yg serta merta menghilangkan segala kerisauan seorang ibu tentang kenormalan anak prematurenya....terima kasih ya Allah....
Duhai anak, moga kamu terus diberi kesihatan yang baik, dan moga menjadi anak yang bijak lagi soleh...doa mama sentiasa mengiringi kamu...
Kisah kelahiran kamu yang penuh syahdu pernah mama ceritakan di dalam beberapa entri entry lepas. 
Mama harap bila kamu bisa membaca nanti,dan jika mama tidak sempat menceritakan semuanya kepadamu, entry2 ini akan mengingatkan kamu tentang kasih sayang kami kepadamu, tentang kasih sayang TUHAN kepadamu, tentang betapa bersyukurnya mama memiliki kamu, serta tentang perlunya kamu mensyukuri segala nikmat Tuhan kepadamu.
Anakandaku Qaid Mukhlis..Moga kamu dan kakakmu Qaisara akan membesar menjadi anak soleh, dilindungi dari segala bahaya serta berjaya dunia akhirat! itu doa mama sentiasa...amin....
Dari 30cm ke 77cm, dari seberat 725gm ke 9kg (berat mama agak2)


Birthday celebration on 8.9.12




Anak manja papa...sangat2 manja sampai dengan mama pun taknak kalau papa ada, boleh camtu?
HAPPY BIRTHDAY DEAR QAID MUKHLIS!


 
 
 

Sunday, September 9, 2012

Open House 2012 dan Birthday Qaid Mukhlis

As-salam

Semalam 8.9.12 adalah birthday Qaid Mukhlis. Alhamdulillah genap sudah 2 tahun usia adik...
Tapi entry tentang birthday adik nangti lah dulu yerk...
Ni mama cuma nak letak pic majlis open house di rumah kita semalam.

Semua pic tetamu mama nak tepek kat sini, so boleh ingat sape yg datang...
Cuma satu jer...mama lupa nak amik pic makanan...huhu....
Basically apa yang ada adalah mihon soto, nasi impit dan rendang, bubur jagung, kek birthday adik, dadih, puding cocktail, dan kuih raya....
Tak banyak pun menunya, ala kadar je,alah suka2 tgk org datang beraya ramai2.....

First gerombolan yang menyerang adalah kawan2 papa, yang bermarhaban di rumah kami. Seronok! sbb rumah bergema dengan pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Mama sempat amik pic yang kaum isteri diaorang jer....yang kaum suami dapat amik blkg ajer..hehe
Marhaban sessioan






Isteri2 kawan papa

Baby bambam comel baru 6 bulan...

Next yang datang selepas itu kebanyakan kawan mama  dari klinik...Meriah!


Haji Kadir, En Azan, En Karim

Ain, Salina dan Liza sefamili



Dr Maryem dan suami, Yati Lot, dan Azlina sefamili

Mama Noma dan abg fakhrul

En Zaini dan isteri Pn Yanti (yanti beauty house)



Nurul huda

Rosmawati

Wak Jaiman dan Wak ?

Firdaus dan?


Qaisara with her old babysitter

Penatnya mama yaAllah....habis yang bertungkus lumus cuma mama dan papa...No helper at all....
Hehe ..tp makanan tempah ler...kalau mama yang masak alamatnya sampai petang org lum leh dapat makan....mana nak layan anak lagi, mana nak siapkan makanan lagi, nak siapkan anak lagi........
Huhu...

Apapun, moga kehadiran syawal ini mengeratkan silaturrahim sesama kita....
Kalau ada sedara mara datang  mesti lagi best dan meriah....kalau tak datang tolong2 pun , datang makan jadi lah...nak buat camana saudara mara semua jauh2...

Suddenly miss my parents and siblings di kampung..huhu...:(


p/s: Oh yer..ada sorang gadis berbunga2 tu kan, dia nak datang, tp sampai hari ni tak sampai2...huhu....


















Friday, August 31, 2012

LELAKI MANA KE NERAKA?

Sharing daripada facebook (maaf lupa nak copy urlnya...)


 

Ya ALLAH,
Kau selamatkanlah ayahku, suamiku, abang-abangku dan anak-anakku daripada api neraka.....mereka lelaki yang sangat aku cintai, aku mohon mereka terhindar dari api neraka...maka lindungilah kami semua dari siksaanMu ya Allah...

Ya ALLAH
Semoga aku tidak menjadi perempuan yang menarik suaminya ke neraka kerana dosa-dosaku.....kerana aku ingin menjadi bidadarinya di syurgaMU......

Amin ya Rabb....

Thursday, August 30, 2012

Daun bawang kakak

As-salam..
Ini tentang kakak  qaisara pulak.
Kakak dengan daun bawangnya.
Ini adalah projek yang mama cadang nak buat sebelum bulan puasa hari tu, tp bertangguh hinggalah ahad lepas.

Projek tanam daun bawang...

Tak susah sangat rupanya tanam pokok bawang ni....
Cari jer mana2 bawang yang nampak macam nak tumbuh tu....masukkan jer dalam tanah....
dalam 2 hari dah nampak tunas makin membesar...
Kakak qaisara pun excited nak tolong mama tanamkan bawang tu dalam tanah...something yang dia tak penah buat sebelum ni, so rasa sangat gembira dapat tolong mama tanam bawang yang hanya 4 ketul tu.....ekeke

Ni pic projek mama dan kakak selepas 2 hari ditanam...
Hehe..belum boleh dituai....tapi rasa excited sangat nampak tunas2 daun bawang tu semakin membiak...

So hari ni layan  jer kakak posing di samping tanaman pertama beliau....



Mama guna bawang kecil dan bawang besar...


Hurm...tak sabar nak tunggu untuk menuai...:)

Nak Boboiboy jugak!

As-salam
Ini tentang baby Qaid Mukhlis yang sudah tak berapa baby lagi....
Dia bakal menjelang 2 tahun pada 8hb Sept ini insyaAllah..

Sehari dua ni Qaid sangat2 obses dengan boboiboy...

Ini pic dua hari lepas....beria2 menangis nakkan baju boboiboy kakak punya..bagai nak rak dia mencari dalam gobok kakak, nasib baik kakak rela hati jer kasi adik pakai....


Dan ini pic malam ni...beria2 menangis bagai nak rak minta baju boboiboy kakak lagi sekali. Nasib baik mama dah basuh! Terpaksa lah cari dalam timbunan baju yang belum sempat berlipat tu...huhu....

sedih no mukanya tu, macam mama tak kasi makan lagaknya..padahal minta baju jer...

Cool down dik, ni ha mama bagi baju kakak...

Dan ini wajah ceria dia lepas dah dapat pakai....aduhai anak....

Weekend ni mama pegi tesco lah, cari baju boboiboy utk adik barang sehelai dua, insyaAllah!



Sunday, August 26, 2012

Antara Hidup dan Mati

Suasana di tanah perkuburan di kampung mama pada pagi hari raya....usai solat sunat hari raya











Saturday, August 25, 2012

18 jam!

As-salam...
Saje nak tulis gak walaupun cerita raya dah habis...
Ini tentang perjalanan kami dari Pasir Gudang ke Kedah pada hari Jumaat yang lalu.
Kebiasaannya perjalanan kami akan mengambil masa selama  lebih kurang 12 jam, bergantung kepada keadaan serta tahap kemengantukan pemandu....dan tahap berak kencing anak2....Hehe...

Jumaat lepas kami bertolak pada pukul 11 malam, iaitu selepas pemandu mendapatkan sedikit rehat selepas seharian bekerja di siangnya....
Dan kami hanya sampai  di rumah pada pukul 5 petang keesokkannya!!!
What a long journey....
Penatnya Ya rabbi (terutama pemandu itulah)...
Kesian kan..
(dan oh...sampai sekarang mama masih berhutang janji nak tolong urut kan badannya...masih belum berkesempatan...)

Perjalanan mulanya smooth jer..sampailah kami di area slim river/sungkai...jalan mulai sesak dan sangat perlahan...Itu berlaku sekitar jam 7 pagi....
Memandangkan  kesesakan di highway, kami mengambil keptusan utk menggunakan jalan biasa...exit tol Sungkai kalau tak silap.....
Stop seketika di masjid, mandikan anak, basuh muka driver, dan mula bergerak semula...

Perjalanan diteruskan dengan rasa gembira memandangkan keadaan jalan yang lengang....hinggalah di suatu tempat di hadapan kami, jalan semakin perlahan  dan semakin sesak, rupanya lebih teruk dari highway....
Maka terpaksalah kami berpatah balik semula ke highway dan terpaksalah mengikut saja arus kenderaan yang perlahan itu.....
Huhu....

Sebenarnya highway yang jammed tu disebabkan ramai pemandu yang me-marking kereta di bahu jalan di hentian sebelah berhampiran Bidor...itu jer puncanya....arghhh....4 jam hanya utk melepas Bidor...padahal jaraknya taklah jauh mana dari Sungkai tu...
So sampai Bidor barulah jammed tadi menjadi clear dan perjalanan ke Ipoh menjadi lancar.


Dari Ipoh, sekali lagi kenderaan perlahan menghampiri terowong Menora..disebabkan 3 lane menjadi 2....
Dan selepas terowong menora, perjalanan ke kuala kangsar kenderaan lancar...
(hehe...macam buletin trafik la pulak)..saje nak tulis, so next time balik ingat benda ni...

Selepas Ipoh, menuju Kuala Kangsar.

Menghampiri Terowong Menora


Selepas Terowong Menora, menuju Kuala Kangsar

Sepanjang perjalanan tu, kami pasang2 telinga pada info trafic by Sinar...
Katanya ada lagi jammed di depan, iaitu di area Juru dan Sg Dua..
Mendengar itu, kami ambil keputusaan menggunakan laluan biasa iaitu Kuala Kangsar-Gerik-Baling-Sik- Nami- Naka.

Alhamdulillah perjalanan kami sangat lancar selepas itu, kami hanya perlu berhenti solat di masjid sambil merefreshkan diri...pun suasana lengang tanpa perlu berebut2 seperti di R&R yang juga sesak dengan lautan manusia....

Yang penting pemandu pun happy dengan keadaan jalan yang nyaman..hehe...
Cumanya jalan yang kami lalui ini berbukit bukau, berbengkang bengkok, dan agak sunyi...kalau malam tak lalu kot jalan ni...


Melalui Jalan Gerik-Baling




Bandar Gerik


Bagai ular dipalu, lengang dan sunyi
Berhenti seketika di sini





Qaisara sempat posing sementara adik tido dengan nyenyak di dalam kereta


Apapun alhamdulillah kami selamat sampai di rumah tepat jam 5 petang, disambut pula berita kehadiran ahli keluarga baru kami, iaitu anak kakak mama, a new baby girl..yang tak sabar2 nak keluar sambut raya juga...


Mencabar betul perjalanan kami kali ni....18 jam tu!
Yang penting selamat, alhamdulillah