Tuesday, July 30, 2013

Tokek di rumah kami?



As salam.
Kami ni namanya duduk rumah taman,tp belakang rumah adalah belukar dan lembah yg diusahakan pemaju dgn pelbagai tanaman.

Dan makhluk dalam gambar ini,setiap petang,menjelang maghrib,dia akan muncul di tingkap rumah.

Rasanya sejak permulaan dapur baru kami siap digunakan,sejak itulah dia di situ.
Ada sekali disebabkan tingkap terbuka,dia melompat masuk ke dapur. huhu

Mama actually taktau nama sebenar dia,mengkarung kah,pokka kah,pokke kah,atau tokek kah.

Agak2 tokey tokek nak ke tak binatang ni.mama leh tangkapkan.
Murah je nak jual,harga boleh runding punya. Ehehe

posted from Bloggeroid

Sunday, July 28, 2013

Suamiku yang gagah



Berpuasa dan masih gagah.
Off course tricknya adalah buat setengah jam sebelum pukul 7.
Lain kali try la wat time pagi or kul 12 pm,cik abang !
Hehe,sure tak sanggup...

posted from Bloggeroid

Friday, July 26, 2013

Terbakar la pulak!

As salam
Lama kan mama tak menulis di sini.
Last week laptop ni selamat dikerjakan dek Qaid Mukhlis, gedegang jatuh atas lantai dari ketinggian sofa....
dan terus gelap segelap gelapnya....
Rasa nak nanges pun ada....huhu...
Alhamdulillah setelah dihantar ke bengkel kawan papa, dengan caj sebanyak rm40, laptop mama kembali berfungsi.

Ok, back to the title....
Ni story last week.
Cerita tentang baju raya...
Tahun ni plan kami nak ke butik yang kami pergi last year....alah butik murah jer pun, tapi kain dia ok la, dan yang penting senang nak cari saiz untuk setiap orang,{{ sebab Mr Papa adalah orang yang paling malas nak jalan2 dari satu kedai ke kedai lain...mana dia jumpa 1st, itulah yang dibelinya, ....huhu...}}
Butik ni terletak di Tesco Sri Alam. 
Ok, since bulan puasa ni penat, mula2 plan nak gi malam hari bekerja....tapi disebabkan lepas berbuka puasa dah kepenatan, makan hasrat kami ditangguhkan, hinggalah weekend yang lepas.

Maka pada pagi sabtu yang damai, bergeraklah kami ke TESCO...
Sampai jer di sana, kami nampak ada sekatan, so kereta tak boleh masuk pada laluan biasa...
Rupanya2 ada deretan kedai di luar tesco (Kedai 5 ringgit), sudah hangus terbakar....

Masuk ke dalam, kami nampak sekumpulan orang ramai tengah berebut2 membeli baju, seolah2 murah banget gitu...berebutnya tak hengat....Baju2 yang dijual pula cuma berlongggok di dalam troli, dan terdengar seseorang menyebut, ini basah lagi ni ha....maka faham lah mama baju2 ni terlibat dalam kebakaran sehari sebelum tu, dan basah itu adalah kerana pili bombanya lah.....makanya dijual dengan separuh harga....Patutlah ramai sangat orang berebut...

Malas ikut campur, kami meneruskan perjalanan ke butik tujuan kami...({apa kelasss nak berebut2 gitu kennnn})....lagipun memang dah takde ruang nak masuk berebut pun...hahaha

Sampai jer kat butik tu, kata papa "eh, tutup pulak kedai ni...."
Menjengok lebih dekat, rupa-rupanya itulah kedai yang terbakar, dan rupa2 nya baju dari butik itulah yang direbutkan orang....HUHUu....takde rejeki kami lah nampaknya .....

Maka terpaksalah beralih arah...bergerak ke tempat lain untuk mencari sepasang persalinan buat setiap orang....
Alhamdulillah akhirnya ketemu juga....Fuh...memang penat juga lah nak menapak dari satu booth ke satu booth mencari pilihan hati. Nasib baik tak lama sangat, dan mama pun tak cerewet sangat, terima jer lah pilihan papa....malas lagipun nak memilih sangat....

Tak sabar nak beraya dah ni....kampung tercinta mama dah melambai2 pulang....
Raya kali ni kami bertiga beranak akan fly dulu, dan papa akan menyusul dengan kereta pada hari raya kedua, insyaAllah...
Doakan segalanya selamat ya....



Saturday, July 13, 2013

Mama STRESS!!!

Salam.

Stress!! 
Sape tak pernah ada strees adalah orang tak normal...hahaha
Tapi stress yang berlebihan akan menyebabkan depression.
Itu dah masuk kategori sakit jiwa....uhuhu...nauzubillah....
Keupayaan menghadapi stress adalah sesuatu yang harus dipelajari....
Selalunya stress berlaku tanpa sedar, dalam kata lain, subconcious mind....
Dan bila ini berlaku, kita tak tahu yang kita tgh stress, tetapi badan akan mengalami beberapa simptom yang sebenarnya untuk memberitahu bahawa kita tengah stress.....
Contohnya sakit belakang, sakit kepala, dan macam2 lagi simptom...

Dan bagi mama sendiri, sepanajang minggu lepas adalah minggu yang stress, dan stress itu bukan lagi di bawah sedar atau subconcious mind, tetapi sudah keluar di minda sedar....
Stress tentang kerja yang pastinya....terutama bila pertengahan tahun macam ni, macam2 presentation yang nak kena prepare, pencapaian primer lah, pencapaian mch lah, pencapaian ncd lah.....
Dan arghhh...paling rasa nak meletup adalah hari khamis semalam, bila orang-orang yang mama minta buat power point presentation tu semuanya takde....dan benda tu belum siap, sedangkan nak present hari jumaat.....

Dah tu, stress lagi dengan HRMIS, kali ni bukan sebab line lembab seperti tahun lepas, tetapi stress disebabkan mama yang buat last minit!! Ha kan dah padan muka....HRMIS sendiri belum masukkan, dah nak kena sahkan HRMIS orang di bawah kita lagi.......
Hari khamis tu jugaklah bertalu-talu sms dari pejabat membawa pesanan dari boss besar agar HRMIS dihantar pada hari itu jugak....
Lain kali tobat jangan buat last minit!!

Ada lagi stress lain......mama sekarang tengah kejar date line sebelum voucher photobook yang mama beli bulan November dulu expired. Sepatutnya expired bulan Jun hari tu, tapi sebab satu photobook pun belum siap diedit, mama minta diexeend kan, alhamdulillah syarikat tu bagi extend sampai 24 Julai.....so nak edit all those pictures tu mengambil banyak masa juga....sebab mama cuma boleh edit bila anak-anak dah tido, tapi selalunya bila diaorang tido, mama sekali tido...makanya dari bulan november sampai sekarang tak siap2....huhu....



Disebabkan semua ni lah maka berlambak-lambaklah mouth ulcer bertandang....mula-mula 3 ulcer, bila satu dah baik, tumbuh lagi  2 ulcer lain....pedih  ok!!...

Opss...ucapkan alhamdulillah untuk setiap kesakitan, Allah nak hapuskan dosa tu.....Agaknya ada dosa ngumpat orang, dosa sakitkan hati suami atau menjerit pada anak-anak......huhu...maaf yer cayang jika ada terasa hati....dan Allah nak suruh kurang bercakap bulan2 puasa ni, so kurang sikit dosanya....Think positif mama!

Dan disebabkan stress juga, period mama dah jadi kucar kacir, dah berapa haribulan ni kawan baik mama lum datang-datang lagi.....Tapi takper...lagi sekali kita think positif, Allah nak bagi peluang rasa bulan Ramadhan dulu ni....sebab kalau period awal-awal Ramadhan adalah sangat tak best kan.....

Apapun, belum terlambat untuk mama ucapkan salam ramadhan kareem buat semua sahabat dan saudara..moga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua, amin...




p/s...Hari ni alhamdulillah stress mama dah berkurang, sebab meeting pencapaian dah settle semalam hari Jumaat, HRMIS mama juga dah siap (buat separuh pada hari khamis, dan separuh lagi masa tengah meeting --boss membebel kat depan, mama buat kerja sendiri kat belakang...hahahaha...syyy......)
Dan paling best juga photobook untuk adik Qaid akhirnya dah siap diupload malam tadi,...so ada lagi 2 voucher photobook kena edit sebelum 24 Julai....



***Dah kurang stress ni baru leh jalan2 tengok blog kengkawan......:)
*** Disebabkan stress papa asyik cakap baju mama buruk2 semuanya, sempat juga lepas meeting semalam merayau2 dan sambar sehelai baju.....huhu...stress--sebab pakai duit sendiri...ahaks... !




Tuesday, July 2, 2013

Hikmahnya kelihatan..



As salam.
Mama bersiaran dr dalam dewan conference.

Pertama kali tinggalkan kakak dan adik dengan Mr Papa.

Pertama kali juga berkursus di luar negeri -(bkn luar negara)sejak kahwen.

Since anak mama dah besar ni,dah blh tido tanpa mama, dah tidak menyusu lagi,barulah mama berani terima offer dr bos.

Pernah tolak kursus di Sabah sbb kakak breastfeeding.

Teringat zaman lum kawen,ke cameron,langkawi,bkt merah,malah johor juga mama dihantar.

Dan kali ini,mama nampak hikmahnya bila papa jatuh motor sabtu lepas dan dpt mc,maka tak perlu terkejar2 hantar anak2 .
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 30, 2013

Jatuh Motor

Assalamualaikum.

Tadi petang, jiran sebelah rumah ajak ke kenduri rumahnya esok. Dan minta tolong papa panggilkan orang surau serta jiran2 sebelah.

So papa pun dengan moto kapcainya, bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Since Qaisara merengek nak ikut, papa angkut sekali. Adik lak melalak2 kat rumah dengan mama...sampai terbantut la hasrat mama nak memasak.

Dalam setengah jam, tetiba papa balik dengan muka kesakitan. Jatuh motor katanya. Ya Allah...

Rupanya ada anjing yang sedang dibuat main dek anak jiran di lorong depan, tetiba jer meluncur laju melintas di depan motor papa, lantas dilanggar papa, maka jatuh tergolek dogg lah dua beranak tu....

Papa sustained few abrasions kat lengan kiri, jari, dan ankle. Manakala left ankle plak terseliuh, bengkak serta merta.

 Nasib baik Qaisara takde apa-apa, sebab kakak jatuh kat atas badan papa. dan alhamdulillah juga si Qaid Mukhlis tak mengikut tadi....

Marah betul papa pada bebudak tu, siap bagitau nak jumpa mak bapanya....hihi....

Haisshhh...bahaya tul kan ...Tapi malang memang tak berbau....

Apapun, ucapkan lah alhamdulillah, kerana walau kita tersepak batu kecil sekali pun, itu tandanya Allah sayangkan kita dan mahu menghapus dosa-dosa kita.

Lepas maghrib, anak jiran tersebut datang meminta maaf bagi pihak parentsnya yang berada di Kulai. dan membayar sedikit pampasan (leh ke sebut pampasan), disebabkan motor papa yang mengalami sedikit kerosakan dan kesaitan yang dialami papa.
(takut diadukan ke majlis agaknya,that's why pampasan tersebut diberi?)

Gambar : esok mama tempek yer...insyaAllah.







Friday, June 28, 2013

Study Room for 2Q

Assalamualaikum...

Bilik belajar ni sebenarnya sewaktu pembinaannya beberapa bulan yang lalu, kami pun tak sure nak jadikan bilik apa, suka -suka hati jer renovate dan tambah biar ada lebihan bilik kat rumah ni.
So total bilik sekarang dah jadi 5 buah, tp yang guna  1 jer pun buat masa ni, ie master bed room.....huhu....

Bilik baru ni akhirnya bila siap, Mr Papa jadikan bilik solat dia time dia malas nak naik atas. Last2 mama pun sama sediakan sepasang telekung di bilik ni, in case malas nak naik atas juga. Tapi kebanyakan masa mama lebih suka solat kat atas.

Selain bilik solat, mama jadikan juga bilik ni sebagai study room utk 2Q. At least barang2 dan buku kakak nak sepahkan pun dalam bilik ni jer. (walaupun kebanyakan masa, sepahan itu akan sampai juga ke ruang tamu). Tapi mama tak gusar sangat , sebab tetamu pun jarang2 ada. Sedara mara semua jauh so jarang2 orang nak datang.

Dinding sebelah sini mama kosongkan supaya tak mengganggu tumpuan ketika solat jika dipenuhi posters or flash card.


Sewaktu baru siap, masih kosong. Sliding door ni sampai sekarang belum berlangsir. Antara study room ni dengan ruang tamu pemisahnya adalah sliding door yang lama, so kita masih kekalkan langsir di situ.

Now dinding ni dah penuh dgn flash card, dan alhamdulillah Qaid Mukhlis (at 2 yrs + 6 month corrected age) yang jarang2 belajar ni dah hafal all the sound (A, I , U for alif, Ba Bi Bu for Ba dan seterusnya sampai huruf Ya and its sounds)  ---belajar kaedah fonetik memang cepat kan, alhamdulillah.)...dan alhamdulillah qaid dah boleh baca buku siri al Furqan 1.



Antara benda yang mama masih lum sempat beli dan letak kat sini:-
1) Langsir kat sliding door tu.
2) Rak buku tinggi -supaya budak2 ni cuma dapat capai apa yang perlu baca saja, takde lah bersepah. lagipun rak buku akan buatkan bilik ni jadi macam mini library!
3) Poster map of the world, mcm kat  blog sioca tu...admire!
4) Tikar evamatik atau letak jer puzzle mat tu , cuma puzzle mat kakak yang lama perlu dibasuh dulu, dah berhabuk.
5)Rak utk letak kain solat dan sejadah .
6) Soft board- utk letak isu2 terkini...inspirasi dari blog susun atur siapa, mama pun tak ingat.

Mr Papa, taknak ke tunaikan hasrat mama ni?

Masa baru beli meja study ni, Qaisara tak suka duduk kat kerusi dia sbb asyik terjungkit dan jatuhkan dia, so mama letakkan ottoman kat situ, lebih selesa dan tak jatuh insyaAllah.

p/s : Update milestone kakak:::Dah habis baca Read Easy Intermediate 2, Iqra' 3, Surah Al Baiyinah, dan tgh baca Lughatul Arabiyah 1. Alhamdulillah.







Mencakna : : Jualan Murah Baju Baby

As salam.

Hari Rabu semalam, masa on the way balik dari tadika, kakak nampak ini di tepi tepi jalan.


Qaisara : " Mama, ada jualan murah baju baby la mama".
Mama : " Mana kakak tahu itu jualan murah baju baby? "
Qaisara: " Mama ni, kakak tau la, kan dia tulis jualan murah KIKO dan Anakku tu ".

Tetiba mama rasa happy sebab anak dara mama dah besor dan dah boleh teman mama ke mana-mana shopping kompleks, sebab rasanya dia pun punya minat bershopping, sama cam mama dia, hahaha. Pasni kalau papa taknak teman mama window shopping pun mama dah ada sahabat seangkatan, insyaAllah....Hehehe.....


Note: Qaisara's age now is 4 yrs + 5 months.


p/s : Orang Pasir Gudang nak, jom serbu jom la, actually ada 3 bunting lain , bukan baju baby jer ada, baju adult men dan women pun ada......cuma mama malas nak snap pic semua bunting.


Wednesday, June 26, 2013

Ulat Bulu Dah Naik Daun


Lihatlah renungan matanya tu....

Sebelum sempat dipindahkan ke dalam tanah, habis daun pokok limau nipis dan limau purut mama dibaham dek mereka ni...wangi sangat kot daun tu, pokok lain tak kacau pulak tu.....

Nak buat apa yer. Any idea?

Monday, June 24, 2013

Ad-Dukhan @ Kabut @ Jerebu

Assalamulaikum....
Ketika seluruh Malaysia dilanda jerebu kala ini, ingin mama simpan rekod itu di diari ini....
Mama menulis kali ini sebagai peringatan buat diri dan juga anak2 mama, moga beroleh manfaat wahai anak.

Sumber pic:mama mbil dari faceboook Wardina Saffiyah






* Surah Ad-Dukhan (Kabut)- terdiri dari 59 ayat, tergolong dalam surah Makkiyyah.
Menurut  riwayat Bukhari secara ringkas:
Ketika orang -orang kafir Mekah telah melewati batas dalam menghalang agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi S.A.W, kerana itu NAbi berdoa kepada ALLAH agar diturunkan azab , sebagaimana yang telah diturunkan kepada kepada oraang-orang yang durhaka kepada NAbi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang.
 Doa NAbi itu dikabulkan ALLAH, sampai orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan. Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan ALLAH. Tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka. 
Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar  Nabi memohon kepada ALLAH supaya hujan diturunkan. Setelah ALLAH mengkabulkan doa NAbi, dan hujan diturunkan,mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu ALLAH menyatakan bahawa mereka akan diazab dengan azab yang pedih.

--Petikan dari Tafsir Alquran


                                                                   **************                                                                   
Ayat 10-16 menceritakan tentang kaum kafir quraisy , mereka berjanji akan beriman sekiranya bencana kabut (ad-dukhan) hilang, tetapi setelah kabut hilang, mereka kembali kufur dan tidak bersyukur.....

Dan bagaimana kita pula, adakah kita tergolong orang yang selalu mengharapkan pertolongan Allah ketika susah, tapi ketika senang, kita kufur nikmat, kita lalai dengan perintahnya....Nauzubillah. 

                                                               *******************                                                             




p/s: Alhamdulillah petang ini hujan turun di kawasan Pasir Gudang, syukur atas rahmat dan belas ihsanMU ya ALLAH....moga pergilah ad-dukhan ....