Saturday, April 27, 2013

Tentang Memilih Ulil Amri (PRU13)


Bismillahirrahmanirrahim

 Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan membuka pekung, tp sebuah realiti yang harus ditelan.Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik ibu hamil, saya selalu, malah kerap sangat berjumpa pesakit yang datang kerana hamil, tapi tidak mempunyai suami. Dalam erti kata lain, hamil di luar nikah. Saya kadang-kadang menangis bila kenangkan ini, kerana masalah ini bukan lagi satu masalah kecil, tapi bak virus yang tidak dapat disekat. Bukan seorang  atau sepuluh orang, tp jumlahnya mencapai ratus! Itu cuma bilangan yang datang ke klinik dan meneruskan kehamilan, dan di luar sana ada banyak lagi remaja atau bukan remaja yang terlanjur hamil dan mengggugurkan kandungan mereka. Allah lebih tahu jumlahnya. Saya tahu inilah salah satu tanda kiamat, bila zina berleluasa.

Tetapi  kenapa saya menangis? Kerana saya sangat bimbang dengan nasib bangsa saya, dengan nasib anak cucu serta keturunan saya. Betul, mungkin ada yang kata, didiklah anak sebaik mungkin, maka akan jadi baiklah dia. Ya, didikan sangat penting, dan doa juga penting. Tetapi tidak cukup jika saya berdoa agar anak saya seorang saja jadi anak baik dan anak soleh. Saya juga harus, malah wajib doakan agar anak jiran saya juga baik, dan kawan-kawan anak saya juga baik. Kerana mereka inilah yang akan mengelilingi anak saya kelak. Pergaulan sesama mereka nanti akan mempengaruhi anak saya. Maksudnya, persekitaran juga haruslah persekitaran yang baik, negara juga haruslah baik. Bukan negara yang di dalamnya maksiat berleluasa tanpa ditegah, kemungkaran bermaharajalela tanpa dicegah. Pembangunan harta benda tanpa ada pembangunan ruhani tidak akan berguna. 

Saya impikan sebuah negara yang aman untuk dihuni,yang mana pemimpinnya yakni umarak dan ulamak saling bersatu memimpin negara mengikut daulah islamiyah. Siapa pun yang mendapat mandat sebagai pemimpin WAJIb melaksanakan ini. Wajib amar makruf dan nahi mungkar. 

Wahai pemimpin janganlah lupa segalanya nanti akan dipersoalkan di sana nanti. Dan rakyat yang memilih juga akan dipersoalkan siapa yang kita lantik sebagai ulil amri kita. 

Mari kita renungkan peringatan Allah di dalam surah Al-Fajr ini, di mana Allah ceritakan tentang kaum Aad, tentang penduduk Iram dan tentang kaum Tsamud dan tentang Firaun, semuanya adalah kaum yang maju, hingga mampu memahat batu menjadi tempat tinggal, dan mempunyai bangunan yang tinggi tetapi mereka bermaharajalela di negeri masing masing dan melakukan kerosakan serta bencana, maka Allah balasi mereka dengan azab yang pedih.Nauzubillah.

Let's make a wise decision!!


Al Fajr ayat 1-14.

·         Demi waktu fajar; (1)
·         Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)
·         Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (3)
·         Dan malam, apabila ia berlalu; (4)
·         Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5)
·         (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6)
·         Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7)
·         Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8)
·         Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9)
·         Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10)
·         (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11)
·         Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12)
·         Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (13)
·         Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (14)















Saturday, April 20, 2013

Towards Bringing up al Huffaz- Part 1

As-salam
Kekangan masa menyebabkan mama tidak sempat berkongsi di sini walaupun hati meronta-ronta untuk menulis seperti yang mama janjikan dulu, tentang kaedah mendidik anak menghafal al quran.
Terima kasih kepada Puan Lina Karim yang sudi  berkongsi di dalam seminar "kaedah mendidik al quran gaya darwish darwisha."

Bagi yang tidak berkesempatan ke seminar tersebut, sebenarnya boleh melayari blog beliau di darwisyndarwisha. blogspot.com. Banyak ilmu di sana yang boleh dikutip tentang cara beliau mendidik anak menghafal quran sedari kecil.

Apa yang mama nak kongsikan di sini bukanlah pengulangan kepada apa yang beliau sudah tulis, sebaliknya apa yang perlu dilakukan secara praktikalnya.

Mama ringkaskan dan beri kesimpulan saja stepnya ya.

Tahap 1- Umur bayi baru lahir hingga 6 bulan

-Tahap di mana bayi boleh mendengar, tetapi belum boleh melihat dengan jelas.
-Setiap hari pasangakan cd Al Quran tanpa gagal. Pengulangan setiap hari ini ini akan menyematkan bacaan tersebut dalam minda bayi, maka mudah untuk dia menghafalnya bila besar kelak kerana memori tersebut telah tersimpan dalam otaknya.
-Untuk praktisnya, beli cd surah pendek (juzz Amma) untuk diperdengarkan pada siang hari atau ketika bayi jaga, dipasang dengan jelas dan kuat. Biar satu rumah dengar lagi bagus.
- Setiap waktu terluang , pasangkan cd al quran cthnya ketika dia bermain, di dalam kereta , ketika makan dan sebagainya.
- Untuk itu, perlu ada beberapa set cd juz amma, kalau ada 2 kereta, lengkapkan kedua2 kereta tersebut dengan cd tersebut.
-Kalau boleh jangan biarkan bayi dengar lagu2 lain selain al quran. (Kalau mak ayah nak dengar radio, hanya dengar ketika kita berseorangan di dalam kereta, bukan ketika bersama anak-anak.)

-Manakala untuk malam hari ketika bayi mula hendak tidur hinggalah ke siangnya, pasangkan cd surah2 pilihan seperti alwaqiah, ar rahman yasin dan lain2. Untuk waktu malam, pasangkan perlahan-lahan sahaja (kuat sangat nanti bayi tak boleh tido pula, ataupun makayahnya yang tak boleh tido!!)

Bayangkan jika bayi baru lahir mendengar cd ini setiap hari, hingga umurnya 3 tahun dia sudah mendengar sebanyak hampir 1000 kali!
Dan ini memang amat memudahkan hafalannya nanti, insyaAllah.


Pastikan cd player anda mempunyai mode 'repeat' dan 'repeat all', repeat utk ulang satu surah pilihan yang anda nak anak hafal, atau repeat all untuk biarkan cd player ini memainkan al quran sepanjang malam sewaktu bayi tidur.

Mama beli radio cd ini-jenama philips, sebab selain ada mode tersebut, ada juga utk mp3. Harganya murah saja, rm120. Mama beli kat Courts.

KENAPA NAK MAINKAN JUGA CD SEWAKTU BAYI TIDUR???

Kerana masa sewaktu bayi mula hendak tidur adalah waktu di mana kita boleh memasukkan sesuatu di dalam minda bawah sedar mereka, dan ini juga akan meletakkan memori tersebut di dalam otak mereka.

(sama seperti ketika hendak menasihatkan anak, gunakan waktu mereka mula hendak tidur-tidur ayam itu untuk memberi nasihat kepada anak-anak atau untuk memukau suami, mereka akan lebih mudah mengikut kata....hahaha....syyy...)

Anak-anak yang menghafal dengan alquran yang sudah tertanam di dalam otak bawah sedar mereka ini  mampu menghafal sambil berbuat sesuatu yang lain cthnya mewarna dan bermain basikal (seperti adik darwish) di mana mereka tidak perlu daya tumpuan khas untuk mengeluarkan kembali apa yang sudah dihafaz, berbanding orang dewasa yang menggunakan kaedah hafalan secara biasa, mereka memerlukan konsentrasi untuk duduk dan mengeluarkan bacaannya.

So, apa lagi? Mari masukkan Al Quran ke dalam minda bawah sedar anak-anak kita!!


*** to be continued***


Sunday, April 14, 2013

Kisah sedih hari ahad

As-salam.

Tak, ini bukan tentang kisah mama yang turut dijangkiti common cold, macam adik Qaid.
Hidung tersumbat, esp dalam air cond area, suara serak, dan tekak sakit.....sekarang mama faham apa adik qaid rasa.
Tidak, ini bukan kesedihan tentang itu. Itu cukuplah dengan berkata alhamdulillah...kerana masih dalam pemerhatian ALLAH.

Cerita sedih ini adalah tentang laptop mama. Tentang virus yang menyerang dan laptop yang terpaksa diformat semula.
Ini kesedihan pada hilangnya semua pictures dan videos tahun 2013 kini tiada.. Picture birthday kakak, pic kenangan di Cameron dan Langkawi, picture hari pertama kakak ke sekolah....dan pic macam2 lagi.....semuanya tak sempat mama simpan dalam tempat lain wp beberapa hari lalu ada terfikir utk memindahkan semuanya ke dalam external drive. Namun ....huhu.....

Nasib baik lah ada sedikit yang tertinggal yang mengubat hati lara. Masih ada semua picture kakak dan adik sejak lahir dulu hingga oktober 2012 dalam external drive mama....syukur sangat ya Allah. Dan masih ada semua pic wedding mama , semua kenangan indah mama......Syukur....

Pengajaran buat diri mama, jangan lupa buat 2 copy utk setiap yang berharga...esp pictures yang tak dapat berulang lagi.....setiap moment yang tercapture adalah sangat berharga.....


Sunday, April 7, 2013

Fever again..

Tengah mengadap tupperware chipsmore....:)

As salam.
Tangguh dulu hasrat nak ceta pasal kaedah membentuk al huffaz.

Mama just nak rekod di sini tarikh adik tak sihat minggu ni.

Sepanjang 2 minggu papa di mekah,selama itulah adik qaid di rumah bersama tok dan tokwan. Alhamdulillah kesihatannya amat memberangsangkan.
Bila papa blk,tok dan wan pun bertolak blk ke kampung dan adik pun terpaksalah ke rumah BS semula.

2 hari ke sana,adik dijangkiti selsema,wp xde org lain yg selsema . Reason dijangkiti? mama x tau.

Isnin-rabu,adik selsema dan low grade fever. serta perlukan inhaler on and off. Hari khamis dan jumaat adik beransur baik.Alhamdulillah.

Sabtu 6.4.13 mama terpaksa hadiri CME, dan BS x boleh jaga adik over the wekeend. so terpaksa diantar ke BS kakak sara yg lama. Syukur sgt adik x nangis dan dah blh adapt dgn org baru. Ini satu perkembangan yang amat menggembirakan mama, sbb lepas ni mama tak perlu risau kalau ada kerja Sabtu Ahad.

Blk ptg sabtu tu ,adik start demam. Dan hari ni demamnya menjadi high grade fever. Langsung xnak makan nasi. Satu-satunya benda adik nak adalah chipsmore.

Kalau blh mama xnak start antibiotik dulu. dah byk sgt mkn a.biotik. so kita observe dulu ya. Harap2 pasni baik cepat dik.Amin

Sakit- adalah ujian dan kafarah. Maka wahai hati mama,bertabahlah.
posted from Bloggeroid

Sunday, March 31, 2013

Meminjam semangat ibu al-Fateh

As-salam...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, 23/3/13 yang lalu, Allah beri mama peluang untuk menghadiri seminar seperti di pic bawah ni...walaupun ada  sedikit ujian ketika mahu hadir,namun Allah tetap takdirkan mama untuk ke sana. AlHAMDULILLAH.


 Adik-adik dalam picture di atas berjaya menghafal alquran sebanyak 30 surah terakhir pada umur 3 tahun. Dan sekarang hafalan mereka diteruskan dengan surah-surah pilihan seperti arRahman, Yasin, alKahfi, dan banyak lagi.

Kalau ikutkan niat asal mama sewaktu mengandungkan Qaisara dulu, inilah yang mama nak buat, iaitu memperdengarkan hanya al-Quran kepada Qaisara sejak dari bayi hingga akhirnya dia berjaya menghafal al -Quran.  

 Entah kenapa, sumber rujukan yang terhad, material yang terhad, dan ilmu yang kurang, menyebabkan hasrat mama tidak direalisasi, hinggalah kini qaisara sudah berumur 4 tahun. 
Namun mama percaya masih tidak terlambat untuk mama mulakan semula, tambahan lagi qaisara memang seorang penghafal yang baik. 
Mama percaya, dengan bimbingan yang  betul serta semangat yang jitu serta sokongan dari papa, insyaAllah hasarat mama untuk melihat kakak dan adik menjadi al-hafiz dan al-hafizah akan tercapai, insyaAllah.

Untuk adik Qaid yang kini berumur 2 tahun 6 bulan, mama juga nampak potensi adik sebagai seorang penghafal yang juga baik seperti kakak. Maka insyaAllah dengan izin Allah, anak premature yang istimewa ini juga akan mama bimbing agar berjaya menjadi al hafiz, insyaALLAH.

Untuk hasrat murni ini, mama tahu ia perlukan banyak pengorbanan, dan banyak ujian yang akan datang. Bak kata Puan Lina, ibu kepada adik2 di dalam picture di atas, syaitan-syaitan telah mencatit nama2 peserta kursus pada hari tersebut, dan mereka akan berusaha menggagalkan cubaan menghasilkan para huffaz cilik ini dengan apa cara sekalipun,kerana syaitan manalah suka pada pembaca atau penghafal al quran.
So misi seterusnya adalah: Usaha menggagalkan usaha syaitan!!

Kenapa perlu ada al-Quran dalam hati ?
Zaman ini terlalu banyak pancaroba dunia. Dan musuh2 Islam di luar sana sedang berusaha dengan pelbagai cara dan muslihat untuk melihat ummat Islam lemah. Hanya kita yang tidak sedar. Kerana mereka masuk secara halus ke dalam rumah kita. Bukan halus mistik, tp secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Mereka gunakan televesyen, internet, surat khabar, dan pelbagai lagi cara untuk melalaikan orang Islam. 
Melihat semua ini saja mama sudah cukup takut dan ngeri. Dan mama berdoa agar zuriat serta keturunan kita akan terus berpegang dengan Islam, dan hanya dengan Al-Quran dan As-Sunnah dapat mereka dan kita berpegang agar tidak terlepas tali.

Dan untuk itu, setiap hati cilik anak-anak kita perlu memegang Al-Quran di dalam hatinya, bukan sekadar di tangan!

******************************************************************

Nota mama: 
Qaisara: 4 tahun 2 bulan :Tahap hafalan sekarang: 11 surah:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nass, Al-Kafirun, Al-Lahab,An-Nasr, Quraisy, Al-Ma'un, Al-Asr, Al-Kauthar.

Qaid:2 tahun 6 bulan, corrected age 2 thn 3 bulan:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-nass, Alkafirun (half), Al Ma'un(half), Al-kauthar, dan surah lain yang dibaca kakak, qaid dapat satu atau dua ayat awal...

***************************************

Oh ya,kenapa mama meminjam semangat ibu al-Fateh? Siapa Al-Fateh?
Mama akan ceritakan dalam next entry,insyaAllah.

************************************************************************

Nota blogger: Kenapa mama tak sebut nama seminar tu? Dan nama adik2 penghafal cilik seperti dalam picture di atas.?

Adik-adik berdua ini terlalu glamer, dan seminar itu sendiri terlalu glamer. Mama taknak orang yang search mereka akan terjumpa blog picisan mama ini. Blog mama ini cuma catatan peribadi mama dan mama taknak traffic yang tinggi datang membaca catitan mama ni. 

************************************************************

YA ALLAH, TELAH KAU BERIKAN AKU HIDAYAH, MAKA JANGANLAH KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI DAN JANGANLAH DI TARIK HIDAYAH ITU, DAN BERIKANLAH DARI SISIMU RAHMAT , SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI .

YA ALLAH, BERKATILAH USAHAKU, DAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAKKU MENJADI HUFFAZ.
AMIN YA RABBBAL ALAMIN.








Monday, March 25, 2013

Qaisara's Art & Craft

As-salam.
Banyak sungguh hutang mama dengan diary sendiri ni...

InsyaAllah, pelan-pelan kayuh, mama akan selesaikan hutang ini...mana tahu satu hari Qaisara or Qaid tanya....

a) Qaisara's Art & Craft
b) Papa di Mekah
c) Qaid's progress-1yr and 6 month
d) Mama attending the seminar-kaedah menghafal alquran
e) Towards being al huffaz...insyaAllah

Okey, malam ni mama berusaha nak tepek jugak picture hasil kerja tangan kakak ni kat sini, in case barang sebenar rosak, at least kakak ada memorynya di sini.

                     **************************************************

18/3/13 yang lalu, ada parents meet day for our little caliph.
So mama jumpa qaisara's class teacher, Teacher Raudhah.
Teacher bagi mama buku art qaisara spt pic di bawah...

So...this is qaisara's development so far, after 3 months in school.

1) Very good in memorizing....yup...ini mama memang tahu sejak kakak kecil lagi....
Tapi teacher puji habis....alhamdulillah katanya kakak sangat terang hati, bagi lah apa vocab,doa, lagu, semua dia ingat.

-Buku Bacalah anakku sudah lancar buku 7, cuma intonasi masih ke laut...tanda noktah kadang2 dilanggarnya...hahaha

-Iqra'- page 28 kalau mama tak silap

- semakin pandai mewarna...dah tak keluar garisan lagi...

- Hafazan-kat sekolah teacher suruh baca sampai 2 qul jer, tp mama minta teacher proceed sbb takut kakak bosan nanti, sbb kat rumah kakak dah hafal sampai al-Quraisy.

- Last weekend juga (17hb march), mama nampak kakak tengah 'conteng-conteng' sesuatu pada akhbar....bila mama tengok, rupanya dia tulis number 1-5, siap mulut menyebut description lg tu, cthnya number 1 adalah downward, number 2-round, and backward, number 3- round, round...
Bila mama tnya teacher memang dah ajar ker menulis huruf, teacher ckp ajar 1-2 dan 4 jer....yang lain2 u dia dapat secara tak langsung dalam kelas. alhamdulillah dah pandai kakak menulis, sbb sblm sekolah dulu pegang pensel pun tak berapa pandai sbb mama jarang ajar...hahaha

***Bak kata teacher Raudah, semua teacher kat situ sangat impress dengan kebolehan qaisara especially bab reading,dan hafazan/memorizing,dia memang jauh meninggalkan kawan2 sekelas dia...

Cuma, satu2 benda yang agak kurang memberangsangkan adalah qaisara sangat2 PEMALU!
Tapi actually alhamdulillah dah start improving bila dia mula nak bercakap dgn kawan2...

Disebakan pemalu itulah dia menajdi lack of confidence...taknak volunteer kalau teacher suruh baca apa2, nak kena teacher panggil nama baru dia nak...walaupun sbnrnya dia memang tahu jawapan...
(Bila mama fikir2 balik, sifat ni datang dari siapa??)...huhu.....mama masa dah masuk U pun masih camtu, nak bagi talk dpn kelas pun tergigil2...cuma sifat tu berkurang apabila masuk bekerja , mama terpaksa bagi talk pada students dan pada org kampung....makanya sifat itu semakin berkurang......
Dan mama rasa ramai student melayu pun camtu, never being a volunteer kalau nak ke depan kelas, tul tak???

Mama kena check balik kenapa qaisara mewarisi sifat itu, mungkinkah kerana mama selalu marah dia, selalu buat dia nangis...owh..berdosanya mama pada kamu sayang...insyaallah mama akan betulkan dan akan bentuk semula jati diri qaisara agar jadi lebih konfiden pada diri sendiri...

Oh ya, tak lama lagi qaisara akan baca blog mama ni, since dia dah boleh membaca, so mama harap kakak baca sekali niat mama ni, nak kakak jadi lebih konfiden, ok?

 Cerita panjang, piccanya belum ya....huehuehue...








Semua tu guna qaisara's hand as a 'mould'...tapi yang lekat2 dan gunting2 tu teacher yang buat....yang kaler2 tu jer kakak buat...
Dan kaler tu masa dia baru masuk sekolah januari dulu...bila dia tgk pic tu sekarang dia sendiri gelak sebab muka org kaler hitam....kah3.






Thursday, March 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Suamiku sayang!

As-salam.

14 MARCH 2008 - Dikau terima nikahnya akan daku.
30 JANUARY 2009- Lahirnya permata hati kita Qaisara Nur Damia bt Zaidi
08 SEPTEMBER 2010- Lahir pula permata kedua, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Hari ini, genap 5 tahun  usia kita bercinta di alam rumahtangga.
Sesungguhnya aku bahagia. 
Dan aku tidak pernah mahu ada sesiapa menggantikan dirimu...
Dan tidak pernah akan ada seorang papa terbaik buat anak-anakku kecuali kamu.
Maka itu, doaku, kamu dan aku dikurniakan umur yang panjang lagi berkat..
Jangan pernah meninggalkan diriku, kerana aku mungkin tak mampu bertahan tanpa kamu.
Aku mahu terus siuman dalam dakapan kamu.

Kata ustaz, usia 10 tahun masih dikira pengantin baru, masih dalam proses saling mengenal.... proses taaruf...

Kerana itu, inginku kuucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUATMU DAN DAKU...:)
MOGA HIDAYAH ALLAH DAN INAYAHNYA SENTIASA BERSAMA KITA.....
dan MOGA CINTA KITA WANGI HINGGA ke SYURGA....
Kerana akulah bidadarimu....INSYAALLAH...






*********************************************************************************

p/s: Untuk suamiku, selamat berangkat. di esok hari......Sampaikan salam isterimu ini buat Rasullullah S.A.W...
Moga dipermudahkan sagala urusan di sana, dan moga2 ibadah mu diterima di sisiNYA....
.....dan moga ada kesempatan untuk kita berdua pula ke sana...insyaAllah....


Saturday, March 9, 2013

Selepas lama tidak berupdate

As-salam...
Lama benar rasanya bersawang blog ni.... entahla ya kenapa....mungkin disebabkan kepenatan qaisara yang membuatkan mama tak update blog ni....
Perghh...boleh terima tak alasan? ekeke.....

Tapi betul la....kakak sebelum masuk sekolah dulu kul 12 pun tahan tak tido lagi...sama juga dgn qaid...siap lompat2 lagi sampai 1 pagi.....
Tapi sejak dah sekolah ni, sara cepat jer ngantuk, kul 9.30 atau 10 malam dah ngatuk giler....mungkin disebabkan kepenatan di sekolah.
Kesian dengan dia, makanya mama ajak dia tido kat atas, sbb kalau nak tido kat bawah, sape pulak nak ngangkat kakak naik atas, esp kalau time papa takde. Bukannya sikit kilogramnya tu...eheh....19.5 kg tu...

Dan qaid pulak, style nak kena mama tido sebelah dia, baru dia leh tido, sbb kaki dia sebelah kena naik atas kaki mama...uhu....

Dan bila mama temankan qaid dan kakak tido, secara automatik mama pun sekali tertido, walaupun niat asalnya just nak temankan diaorang tido dan pastu bangun online....

Makanya  itulah sebab musabab jarang online,tak update blog dan tak blogwalking...so ada relatednya kat situ kan? :)

Petang tadi, balik sekolah kakak mengadu, yang cikgu kat rumah daycare petang tu tak panggil dia utk buat revision membaca pun...Kata dia, cikgu just panggil orang lain jer...katanya lagi, waktu petang kakak cuma main lego,, tengok tv dan solat jer...Kata dia, cikgu cuma panggil dia baca di sekolah pagi jer....

Mama just console kan dia jer...mungkin sbb kakak dah baca sampai buku Bacalah Anakku 7, so cikgu rasa lebih perlu buat revision dengan murid yang masih belum sampai ke tahap itu..sbb di sekolah kakak ni, konsepnya adalah bersifat individual...sape yang boleh teruskan pengajian, cikgu akan teruskan, manakala yang belum sampai  tahap itu, akan diberi latihtubi di daycare pula, setelah habis sekolah pagi. Membaca buku pun sorang2 depan teacher, mcm anak murid mengadap tok guru...Itu yang bagusnya.

Untuk kakak, alhamdulillah dah berjaya sampai ke tahap itu. Sebenarnya cikgu kat sekolah ada minta parents tolong buat revision kat rumah, tp disebabkan kelekaan mama dan kebusy-an mama (kononnya), maka dah lama mama tak buat revision kat rumah, sampai mama ter-miss perkembangan pembacaan kakak. Mama tak sedar pun bila masanya kakak dah habiskan buku 2, 3, 4, dan 5, dan 6 di sekolah.. Tau2 jer cikgu cakap dia dah baca buku 7. Huhu....sori lah sayang atas kelalaian mama ni...Untuk program Iqra' pula rupanya kakak dah boleh baca sampai Iqra' 2. Alhamdulillah.
Terima kasih CIKGU!!

************************************************************************************

Cerita tentang kitchen renovation....alhamdulillah akhirnya setelah 3 bulan lebih, dapur baru mama akhirnya boleh digunakan...berkeluasan 18 x 20 kaki, mama rasa lebih penat di pagi hari, berkejar2 ke sana  sini sebelum ke tempat kerja..
Apa taknya, pagi2 nak bancuh susu 2Q, nak basuh botol2 susu yang digunakan sepanjang malam, nak buka semua tingkap dapur dan di bilik dobi, tercungap2 juga dibuatnya..

Sekarang ni dia mama tak boleh upload picture dapurnya, sbb pintu kabinet masih belum siap...nampak sepah2 la sikit...tak sabar! heee :)







Monday, February 25, 2013

Qaid's progress: 2 + 5/12

 As-salam..
Dah lama mama tak update perkembangan serta milestone anak premature mama ni kan...
Sori sangat2 sayang, mama actualy banyak simpan cerita tentang kamu di dalam kotak fikiran mama. Banyak yang tak terupdate di sini....cthnya kebolehan adik membaca  flash card seawal usia 2 thn dulu (corrected age setahun 9 bulan)....
Adik, mama catat ni untuk adik. Tapi kali ni mama malas nak tulis lagi sekalii, just copy paste dari facebook group JEWEL mama about 2 weeks ago.
******************************************************************************************************************
Ketika Qaid Mukhlis dilahirkan 2 tahun yang lalu dengan seberat 725 gram, ‘seseorang’ pernah berkata mungkin 50-50 jer tu…(hati saya tersiat ketika itu kerana walaupun saya tahu kata-katanya itu tak salah, kerana secara teorinya bayi yang lahir ketika usia kandungan 24 minggu dan ke bawah cuma memiliki kurang dari 10 % peluang untuk hidup), namun alhamdulillah Qaid termasuk dalam kategori yang 10 % itu, kerana itu biar pun hati saya pilu mendengar kata-kata itu, sesungguhnya saya bersyukur kerana Allah memanjangkan usia Qaid dan memberinya peluang bernafas di bumiNYA ini.

Setelah sekian lama, ketika Qaid akhirnya berjaya mengharungi detik2 mencemaskan di NICU selama 101 hari, ‘seseorang’ yang sama itu berkata, anak-anak premature ni biasanya hyperaktif, di mana di situ dia berjaya membuatkan hati sang ibu ini kerisauan teramat tentang perkembangan anak prematurenya.

Dan selama menunggu perkembangan anak itu, hati mana tidak risau dan tidak gundah. Kerisauan itu akhirnya hilang apabila dia berjaya mengenal huruf ketika usianya setahun lebih, dan mula bercakap.

Dan ketika dia berumur hampir 2 tahun dia sudah bisa mengira one- twenty, dan mula mengenal serta membaca suku kata yang mudah. Dan ketika ini umurnya 2 tahun 5 bulan (CA 2 thn 1 bulan), dia boleh membaca buku “Bacalah Anakku” siri 1 , dan paling membahagiakan dia sudah boleh menghafal Al Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al Ikhlas, serta zikir2 ustaz Dzulkarnain di Astro Oasis, biarpun masih dengan pelat tapi sekurang-kurangnya dengan perkembangan ini saya tahu anak saya normal seperti bayi matang lain, dan sekurang-kurangnya saya tahu dia bukannya autisme atau hyperactive seperti dijangka oleh ‘seseorang” itu. 
Sesungguhnya segala keperitan suatu ketika dulu seakan lenyap bila melihat dia hari ini, dan semakin saya mengerti hikmahnya kelahiran dia dahulu. Semakin saya melihat keistimewaan anak premature ini, semakin saya tahu, bahawa perjalanan untuknya masih jauh, dan masih banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam mendidik dia menjadi khalifah di bumi ini…

Just sharing-moga menjadi inspirasi buat ibu dan bapa anak2 premature, agar kita tidak sesekali menyesali takdir kelahiran anak2 JEWEL kita, dan tidak sesekali bertanya kenapa dan untuk dosa apa dia dilahirkan premature dan perlu menanggung segala kesakitan itu. Yakin lah, takdir ALLAH itu punya sejuta rahasia….:)
 
 
Jelingan manja
 

Thursday, February 21, 2013

Qaisara's reading progress: February 2013

As-salam

Just sebagai reminder mama, tentang development kakak.
Bulan Januari 2013, kakak genap 4 tahun.
Bulan Januari 2013 kakak start masuk sekolah.
Oleh kerana kakak sudah punya sedikit basic di rumah, maka mudahlah bagi gurunya mengajar.

Sekolah kakak menggunakan buku2 mengikut silibus "Khalifah Kecil" (in English is LC), mama saja taknak tulis nama penuh LC, takut ada orang google tadika tersebut dan jumpa blog ni...hehe).

Selepas habis buku Pre-reading  LC, sesi pembelajaran akan diteruskan dengan buku Bacalah Anakku.
Alhamdulillah kakak habiskan buku Pre reading tu dalam sebulan, dan selepas itu giat dengan buku Bacalah Anakku. 

Dan alhamdulillah sehingga hari ini,tadi petang masa mama ke rumah daycare untuk jemput kakak, tengok teachernya tengah buat reading lagi, dan alhamdulillah rupanya kakak sudah sampai ke buku Bacalah Anakku 4.....Mama ketinggalan sikit dengan perkembangan kakak, sbb papa yang banyak hantar kakak, so mama tak berkesempatan jumpa teachernya di sekolah. Sori ya sayang....hehe...

Untuk Iqra, di sekolah Qaisara at the moment dah sampai muka surat 20 kalau tak silap mama iaitu hurf Tho, kot..(kata teacher tadi)..
Dah lama juga mama tak ajarkan iqra untuk kakak, sori lagi sayang! Takper, cikgu2 dah ada skrg ni, leh ambil alih tempat mama menjadi guru qaisara..heheh....

Untuk hafazan quran(di rumah) pula, currently kakak tengah menghafal surah al-Maaauun... (Ara ai tallazi....). Hafazan di sekolah mama tak sure pulak, lum sempat nak jumpa teacher kan..tp kata qaisara, dia tgh baca surah al ikhlas di sekolah.


Alhamduillah...moga jadi anak soleh dan solehah ya sayang!