Tuesday, May 29, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Mama share dari facebook mama yer...sumber ada kat bawah..

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

Happy Birthday Dear Me

As-salam.

Hari ini, puluhan tahun yang lalu, mama diputerikan di sebuah pondok buruk di tengah sawah.
Yeay, mama juara! ketika itu kerana berjaya mengeluarkan diri dari perut ibu mama dengan jayanya.
Alhamdulillah.
Perjuangan meniti hidup kadang kala senang bagaikan air mengalir, namun kadang kala tidak mudah dan bersulam air mata.
Itu adat hidup.
Hari ini, segalanya telah mama miliki.
Thank you Allah.

Cinta terbesar dalam hati mama:

QAISARA dan QAID....memiliki kalian adalah sesuatu yang terbaik dalam hidup mama!



2905. Ini nombor plate kereta mama.
Nombor ini nampak biasa, tp bermakna dalam hidup mama.
Kata papa, digelakkan JPJ jer beli nombor ni, sbb takde harga.
Bukan macam WWW1 atau WWW5 yang dimiliki Sultan Johor dan Sultan Kedah masing-masingnya.





Sunday, May 27, 2012

Perabih duit sempena birthday?

As-salam.

Logik tak logik, bulan ni mama dah habiskan beberapa ribu demi memenuhi kehendak hati.
Kebetulan bulan ini bulan Mei, dan beberapa hari lagi birthday mama.
Tapi sebenarnya apa yang mama beli tu keinginan hati sejak dulu....cuma baru tertunai bulan ini..Kkira2 Macam hadiah untuk diri sendiri la ni...tak de orang nak kasi hadiah kan...huhu...

Tapi Alhamdulillah. Puas rasa hati , berbaloi2 beli, berbaloi2 pula memakainya nanti..harap2 gitu lah...

First...mama beli ini:
Ini nasib baik dengan papa so dapat lebih murah daripada harga asal.
INI MEMANG IDAMAN MAMA SEJAK DULU2. (sbnarnya nak DSLR tapi besau sgt so sambar yg ini).....ALHAMDULILLAH TERCAPAI HAJAT.


Pastu pada hari yang sama mama habiskan beberapa ratus untuk pakaian ehem-ehem...
Sambil tu belek2 handbag tapi tak jadi beli...sabar...sabar dulu...

Selang beberapa hari mama sambar apa yg dibelek2 sejak beberapa hari sebelum itu. Iaitu ini :::



 Juga pada hari yang sama sambar sepasang Crocodile shoes utk  hadiah utk my sis di kampung. Utk mama sendiri sepasang Sembonia yang murah harganya sebab sale.

Oh...bila dikira2 balik belanja mama bulan ini sudah terlebey sudah....masa beli tak hengat....ingat seronok jer tau!..Ni bajet nak balik kampung lagi next week ni...camne nih...hohoh...

Tolon...tolon.....sape nak tolong ni.....

I should'nt left to shop alone !!

Oh yer...tapi ada benda sedih jugak ni.....hari ni masa mama nak charge bateri kamera mama yang lama tu, tetiba ia tidak berfungsi...oh apekah si dia merajuk kerana kehadiran si Lumix di sisi mama???

Jgn lah merajuk sayang....
Dikau lah pertama  bertakhta di hati mama....tanpa mu segala memori dan kenangan kami tidak tercipta...dan sesungguhnya dikau masih kuperlukan...kerana sesungguhnya itu LUMIX BELUM MAMA PANDAI GUNA!!!!

Oh my canon....hukhuk
Harap2 cuma charger yang rosak bukan kameranya...


Oh yer....ada juga hadiah dari papa, for birthday mama in advance katanya...
Ini dia...:

Sebuah Netpad...hadiah mama, tapi lebih kepada untuk anak2 wat main sebenarnya....

Thank you very much My Laling.....tgh fening plak nak cari hadiah apa utk En Suami yang hanya berselang 9 hari dari mama...Any idea wahai frens out there??

***Semua pic hari ini adalah ihsan encik google..



Saturday, May 26, 2012

Moga selamat kembali ke sisi kami

Entry ini untuk Mr Papa yang sedang bermusafir ke luar daerah saat ini.

Pesan mama:
Sentiasa ingat Allah di dalam hatimu.
Memandulah dengan hati-hati.
Moga dikau selamat pergi dan selamat pulang ke sisi kami.
Ingatlah kami, orang2 yang tersangat dikau sayang....
Jangan lupa ole2 oke :)
Nanti papa pulang kita bermusafir ke kampung mama pula ya, insyaAllah.

**mode rindu**biarpun baru beberapa jam papa bertolak.







Wednesday, May 23, 2012

Kota Cinta Dia



Ini kakak Sara.
Berangan nak jadi perancang bandar/arkitek agaknya.
Nak bina kota sendiri.
Moga jadi realiti.



Tetiba teringat lagu Ibu Kota Cinta.
Huhu....takde kaitan.


Kadang-kadang berangan nak jadi doktor.
Moga jadi realiti juga, jika itu yg terbaik buat kakak atau adik.
InsyaAllah.


***Cuma pesan mama, kalau nak jadi doktor, jadilah doktor pakar, bukan doktor cabuk cam mama....
Bila teringat pasal further study jadi pakar  ni, mama selalu salahkan papa sbb tak kasi mama peluang masa bercinta dulu.......tu la, lambat sgt masuk minang!
(tapi itu alasan jer sebenarnya, kekeke)***




Tuesday, May 22, 2012

Oh Bangau!

Peristiwa: semalam sewaktu mengambil angin malam di laman, mencerap bintang dan awan ....
Ternampak seekor kucing sedang mencari2 sesuatu di celahan rumput.

Kakak: Mama, kucing tu nak wat apa tu
Mama: Ntah, dia nak B.O (poo poo) agaknya.
Kakak: Oooo..kenape dia nak B.O ma?
Mama: Dia sakit perut la tu agaknya
Kakak: Ooo...kenape dia sakit perut ma?
Mama: Dia makan nasi mentah kot...
Kakak: Oooo..kenape dia makan nasi mentah ma?
Mama: Kayu api basah
Kakak: Kenape kayu api basah ma?
Mama: Basah kena hujan
Kakak: Oooo ....kenape kena hujan ma?
Mama: Katak panggil hujan
Kakak: Kenape  katak panggil hujan ma?
Mama: Habis tu ular nak makan dia
Kakak: Kenape ular nak makan dia ma?
Mama: Memang makanan dia la.
Kakak: kenape memang makanan dia ma?

Mama: (Alah kakak ni...mama dah tak tahu la...lagu tu ajar sampai situ jer!) Apa nak jawab lagi nih?
Last2 : Jom kita masuk rumah la sayang!






2Q CINTA HATI MAMA

Sunday, May 20, 2012

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI


Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

SHARE - Sham Kamikaze , Jkkk Fan Club , syahirul.com , Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

By: Najmie Kuantan II


(Sumber dari Facebook..)

Saturday, May 19, 2012

Angin malam Johor Bahru

Ini berlaku pada 2 malam yang lepas iaitu malam Jumaat. Dengan tidak semena-mena (wah semena-mena tau!) Mr Papa ajak kami jalan2 di tengah malam.

So selepas dah kenyang dinner, kami ke Johor Bahru. Tak kemana-mana pun, cuma ke Danga Bay, saja nak tunjukkan pada Qaisara suasana malam di JB.

Enjoy pictures jer la yer...malas nak tulis panjang2. Bukan ramai yang nak baca pun...huhu....


Ini jer yg kami berani naik, sbb tak laju...kakak lom penah naik Eye on Malaysia, so naik yg ni jer la kakak



Beberapa permainan yang sempat mama snap...tapi tak berani naik....


"Kuda perang"

Train

Traffic light for walkers

Teringin nak naik cruise ni berduaan..boleh ?

Buaian ini laju..ngeri nak naik....



Qaisara on still train..


Qaid Mukhlis tido sepanjang rekreasi kami itu...huhu

p/s: Lain kali kita gi ambik angin la ya papa..Thank you...Mmuah!!!

Thursday, May 17, 2012

Mentari Jingga di Ufuk Timur

Wahaha...tajuk macam novel ke tajuk lagu ntah....

Cer teka bilakah waktunya picture di bawah diambil?
Yer, betul...mentari, jika berada di ufuk timur mestilah di waktu pagi kan....

Pagi ni, on the way ke rumah babysitter, kakak cakap:: mama, look at the sun! Sun tu follow keta kita la mama!
Bila mama tengok, haha... betul la, matahari tu tgh follow kami...(takjub kan cmana matahari tu boleh bergerak seiring dengan kereta kita)
Dan pagi ini, cahayanya sungguh ...ahh menakjubkan...jingga sejingga2 nya.

Kerana kamera mama ini cuma kamera cikai tanpa lensa...maka hanya inilah gambar yang mampu terhasil.
Apapun, ia tetap cantik.Subhanallah!



p/s: Motip gambar dipublish::: mode tak sabar nak grab satu DSLR/Lumix macam GB punyer!

**********************************************************************************

Oh yer!
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...
Anda semua bagai mentari jingga di ufuk timur!! 

~~ tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal 
GURUku terima kasihku... ~~

**Teringin nak jumpa semula guru2 sekolah rendah : Cikgu kelas pertama (cikgu Salbiah), cikgu lelaki pertama saya jatuh cinta (Cikgu Zubir Ali), cikgu Soud yang tak kurang hensemnya, guru muzik yang paling sayang saya Cikgu Shamsudin dan wifenya teacher Razna, Teacher Linda, cikgu tadika saya cikgu Habsah dan maklang Heja, dan banyak lagi...**









Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah, yang ditunggu akhirnya tiba....

As-salam semua...
Mesej ini untuk En Suami tercinta yang bekerja malam ni...tadi balik kerja, sempat jumpa dalam setengah jam, tak sempat nak cerita2 mcm biasa....dan mama tahu papa akan baca blog mama malam ni , tul tak..

Apa yang mama tunggu selama beberapa bulan akhirnya datang hari ini....
Hah? Apa?
Ala....yang itu lah sayang....

Bukan..bukan ...bukan baby baru.. itu belum lagi...heheh...

Alhamdulillah ...rezeki Allah....
Walaupun hasilnya dan perubahan ketara hanya mama akan lihat pada bulan Julai nanti.
Buat masa ni, makan macam biasa, belanja macam biasa dulu yer...
Bulan 8 nanti baru boleh belanja besar2....insyaAllah.

Tapi  kelebihan datang bersama tanggungjawab....bersama beban kerja yang semakin berat, bersama expectation yang semakin meningkat.

UD52.
Agak2 ada harapan nak naik jadi JUSA tak eh?