Monday, November 28, 2011

Kakak dan sifat 20

Salam semua...
Ini update tentang kakak buat kenangan dan rujukan kakak sendiri bila besar nanti.....

Umur sekarang- 2 tahun 10 bulan...Ujung january nanti 3 tahun insyaAllah...
Sejak minggu lepas kakak teruja sekali bila terjumpa nasyid kanak-kanak dalam lappy mama ni....Mama pun dah tak ingat bila masanya mama savekan nasyid tu....

Sejak2 tu tiap2 hari bangun tido dan sebelum tido kakak buka laptop dan buka nasyid tu...ada macam-macam lagu nasihat dan selawat dalam tu....seminggu jer dengar kakak dah boleh hafal almost semua....

Yang paling mama dan kakak suka adalah lagu sifat 20....Ha! Sape tak ingat sifat 20???

 Sifat 20 adalah sifat wajib bagi ALLAH..dan semua mukallaf kena tahu itu....kadang2 bila dah lama tak baca kita mungkin jadi lupa kan...so dengan adanya nasyid tu, sifat 20 dilagukan dengan merdu dan mudah pulak diingat oleh kanak-kanak...

So sekarang hari-hari kakak akan nyanyikan lagu tu...alhamdulillah dah boleh ingat kesemua 20 sifat, biarpun dia belum faham maknanya....takpe..pelan-pelan nanti mama ajar maknanya pulak yer kakak....

Jom , kita review dan ulangkaji sifat 20 yer kawan-kawan....maaf, mama takde arabic keyboard....so tulis ikut rumi jer yer....

1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa'
4. Mukhalafatuhu lil hawadith
5. Qiyamuhu binafsih
6. Wahdaniah
7. Qudrat
8. Iradat
9.Ilmun
10. Hayyun
11. Sama'
12. Basar
13. Kalam
14. Qadiran
15.Muridan
16. A'liman
17. Hayyan
18. Sami'an
19. Basiran
20. Mutakalliman

Nampaknya alat bantu mengajar bukan sekadar buku, tapi laptop juga (jika diisi dengan pengisian yang bagus, bukan main game tak tentu arah)..
Kalau ada rezeki mama nak belikan kakak ipad lah insyaAllah...boleh download banyak lagi application yang membantu dalam pengajaran anak-anak)




Ni datang syeh nasyidnya, tengahari buta pun nak berbaju kurung....


Saturday, November 26, 2011

Adab memukul anak/isteri

Salam...
Terjumpa artikel ini dan mahu share dengan semua, kalau ada yang belum tau bahawa memukul anak/ isteri pada muka itu hukumnyaa HARAM....

Artikel penuh boleh anda baca di sini.

Mama copy paste di blog ini utk peringatan....

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun sama ada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Imam Nawawi (16/165) menghuraikan :-

"Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana :-

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.

2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.

3. Anggota yang ada padanya adalah anggota panca indera seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya

4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini serta mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.

5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas."


Imam Ibnu Hajar Asqalani (5/183) menghuraikan :-

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."


Imam Sun'ani (pengarang kitab Subul as Salam) (1/236) menghuraikan :-

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."


KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar-pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak atau anak murid sekarang ini semakin nakal dan sukar dikawal sehingga kadang-kadang provokasi melampau mereka memang jelas akan menguji emosi seseorang ibu, bapa atau guru-guru di luar sana.

Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala emas...Dramatik sungguh!

Mama ni bukanlah kaki bola... Papa pun tak..
Tapi malam ni terdorong untuk sama2 menjerit GOAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau sape tengok tadi, memang 120 minit yang sangat mendebarkan...
Bayangkan seawal minit2 terawal Indonesia dah jaringkan gol...
Dan lama selepas itu barulah Malaysia berpeluang samakan gol. Dan seri itu berlanjutan sehingga ke masa tambahan...
Dah bagi masa tambahan yang pertama, pun masih terikat lagi...
Bagi lagi sekali masa tambahan , pun masih sama2 kuat...
Akhirnya penentuan pingat emas perlu dilakukan dengan sepakan penalty...
Sesuatu yang sangat mendebarkan.


Hasil Sepakan Penalti :-

1. Indon 1:: Mal 1
2. Indon 0:: Mal 1
3. Indon 1:: Mal 0
4. Indon 1: Mal 1
5. Indon 0:: Mal 1

Korang boleh tak bayangkan debarnya sewaktu sepakan ke 5 yang jadi penentuan tu..mula2 Indon sepak tak masuk...then Malaysia mengambil giliran (disepak oleh ketua pasukan Badrul Hisham )..masa nilah paling berdebar...dia sepak, dapat ditampan oleh penjaga gol Indon, tp kuasa Allah , bole yang telah ditampan tu meleret masuk ke dalam gol pulak..... hanya mampu dipandang sepi oleh penjaga golnya.....
Dan selepas itu suasana di dalam stadium yang terdapat beratus ribu penonton terus menjadi senyap....sedih....malu dan kecewa sekali pasukan Indon sebab tak berjaya ganyang Malaysia.....tewas di depan penyokong sendiri itu yang paling mengecewakan mereka...

Dan Malaysia....walaupun dengan sedikit sahaja penyokongnya....akhirnya dapat bergembira sakan...ALHAMDULILLAH...Malaysia berjaya mempertahankan ibu segala pingat emas yang di menangi 2 tahun lalu....





Monday, November 21, 2011

Pokok Serai Berbunga Yang Mistik??

Sewaktu kami mula2 mendiami rumah ini, my mom (nenek qaisara) dari kampung datang, sambil2 tu dibawaknya benih serai dari kampung, untuk ditanam supaya mudah mama nak ambik bila nak guna... My mom tanam 2 perdu kat blkg rumah.....cepat pulak besarnya tu..

Feb 2010-kami belum perasan kewujudan bunga pada pokok serai ni, lum tumbuh lagi kot.

27/7/2010- nampak tak bunga serai tumbuh melangit tinggi..pada perdu pertama ada 7 batang  serai yang tinggi dan  berbunga, pada perdu kedua ada 5 batang




Tak nampak dengan jelas kita close up sikit yer....




Close up lagi....


Bunganya mcm bunga padi gitu...(eh! you all kenal ke bunga padi)...heheh

Kata orang, serai berbunga ni simpan harta karun....hihi...tul ker....tak caya cuba try google tajuk serai berbunga atau mistik serai mesti jumpa mcm2 cerita....

Satu dari rumpun serai ini telah ditebang dalam usaha mencari kemistikannya.....namun tak ketemu....(itu harta karun bukan engko yang punya, tp ahmad albab yang punya...kata jin..hahaha..)

So tinggallah bunganya yang dah kering menjadi penghias ruang tamu rumah kami... (ada sesapa nak beli wat tangkal ker?....hahaha...tak bley tau...syirik main tangkal2 nih)

Ni la bunga serai kering penghias dinding....

Namun begitu, kemistikannya pokok serai ini tidak terhenti di situ....
Baru-baru ni waktu Mr Papa tengah bersihkan rumpun serai yang satu lagi tu, dia ternampak ini......


Perasan tak 2 btg serai di sblh kiri tu tumbuh di atas batangnya, bukan di dalam tanah seperti kebiasaannya

Tak nampak? Kita close up ckit....:





Serai 2 batang yang tumbuh di batang ni memang mama lum pernah jumpa jugak, sama mcm serai berbunga dulu...tapi nak tau apa jadi dengan si serai 2 batang ini?
Hari tu ibu mertuaku datang, dan dia teringin nak tanam serai jugak di rumahnya,kot2 boleh berbunga, dicantasnya serai 2 batang itu tanpa mama sedari,nak wat benih katanya......haha.....Maka tamatlah cerita mistik itu di situ agaknya.....


Korang ada cerita mistik? jom share jom.....






Sunday, November 20, 2011

Gaya Qaid di dapur..


Hihi...ini bukan chef yer tuan puan sekalian....
Ini cuma gaya seorang peneman setia mama di dapur....mana taknya, pantang mama hilang dari pandangan, dia mesti cari, so ke mana mama pergi, apa mama buat, semua dia nak bersama mama, nak ikut mama....

Oleh sebab selalu sgt ada kat dapo, byklah gambar dia , mcm2 gaya ada, nanges, ketawa, sampai lah gaya nak tido..huhu.....





ni gaya org ngantuk tp nak kena teman mama jugak..hihi

p/s;;;ada sesapa nak sponsor satu lagi walker? walker ni kakak punyer, elok lagi, tp dah naik itam...huhu

Saturday, November 19, 2011

Sara ; jom kita solat kawan2.....

Sebelum ni kakalu kakak solat pun, bantai dgn baju sexy dia, tudung pun kadang2 pakai kadang2 tak...
dah beli telekung semalam, semangat la kakak solat...alhamdulillah...moga terus diberi hidayah untuk teus menjadi hambaNYA yang menunaikan solat....





  





Friday, November 18, 2011

Qaisara's 1st Dental Visit

Salam...
Hari ni kul 6.30am kakak dah bangun, mandi, pakai baju cantik2, dengan penuh bersemangat...---nak gi jumpa dokte gigi. Dah beberapa minggu asyik dok sebut nak jumpa doktor gigi, so hari ni mama amik cuti khas untuk bawa kakak ke dentist. Bukan sebab gigi rosak or sakit, tp sajer nak biasakan kakak jumpa dokte gigi, so nanti takde lah kakak takut....(taknak jadi mcm papa, nak jumpa dokte gigi pun takut...huhu...).....Lagipun sejak kakak tumbuh gigi pertamanya pada usia 6 bulan, baru sekarang mama bawak kakak jumpa dentist.

Dalam keta, mama snap waktu traffic light merah...semangat membara tau nak jumpa dokter gigi......
Bilik khas untuk kanak-kanak

Sabar menunggu giliran (gi kul 8, dah ramai org, mama  tak amik nombor giliran pun, tp sara jadi org pertama dapat masuk ...hihi)  


Sebaik pintu dibuka, dan nama kakak dipanggil oleh seorang misi yang berpakaian seperti di bawah, serta bermask---kakak dah terkejut badak dan cuak....tp masuk jugak dlm bilik....

Mula-mula ok lagi....tp sebaik saja berbaring di coach itu....uwaaaaa.........kakak nanges.....huhu......habis terbang semangat tadi....terkejut sgt kot....




Nanges beria....

Nurse check gigi kakak dan cakap gigi cantik....so far takde yang rosak....

Ber Air mata....

takut mama hilang ker atau nak mama baring sama2....
Dan tak sampai seminit pun proses check nya, akhirnya selesai...nak cek lama2 pun kakak dah hilang semangat....

Oleh kerana hari ni mama cuti...apa kata kita teruskan dengan berjimba2.....haha....
Adik dah kakak tinggalkan dengan baby sitter dan dia dengan senang hatinya melepak2 dengan mama.....sempat naik ini....:



Puas hati hari ni, mama bawak jalan2, main mainan ini....

Mama tanya penat tak...dia ckp tak lah....semangat berjalan2....bukan senang dapat peluang gini yer kakak.           





Puas meronda kompleks beli belah tu, akhirnya mama belikan kakak sesuatu yang jadi idaman dia sejak 2-3 hari ni.... nak beli yang mahal2 rasa cam rugi jer kalau tak main, lagipun ini jer yang ada kat sini...so rembat je apa yang ada ni....

sejak jumpa mcm2 anak patung kat youtube, dia termimpi2 nak ada anak patung gak....tp takde lah sampai kena suap makan, suap susu dan tukar pampers mcm yang dia selalu tgk kat youtube tu...

Dan mama belikan kakak ini juga...moga2 anak mama rajin solat....jadi anak solehah...insyaAllah...


tuan punya telekung ni kepenatan , so takleh nak jadi model pakai ni...
Dah penat berjalan2 last2 kul 12 baru kami sampai umah....sebaik saja sampai depan pintu umah, kakak dah terlelap dalam keta...huhu..pena sangat la tu layan mama jalan2........



tidur dalam kepuasan kot.....puas hati dapat jumpa dokter gigi dan puas hati dpt anak patung.....






Monday, November 14, 2011

Senarai yang panjang bagi menyambut baby baru...

Salam semua
Hehe...tajuk macam gempak je nak ada baby baru...bila tahun ntah mengandung tup2 nak ada baby plak....

Actually semalam dok mengemas kotak lama (yang dikecahkan oleh qaisara),iaitu kotak barang2 Qaisara time baru lahir dulu, terjumpa lah benda ini...tak sangka masih simpan selepas hampir 3 tahun....



Tengok tu tarikhnya 25/12/2008...time ni mama lebih kurang 35-36 minggu pregnantkan Qaisara, dan itulah kali pertama dan terakhir pegi cari barang baby sebelum beranakkan dia.....

Kalau orang lain awal2 lagi sure dah survey macam2 dan beli sedikit demi sedikit, tp tidak kami...
Anak pertama, semestinya mama excited nak tgk barang baby, tp masa ni macam malu plak kat papa nak ajak dia jalan2 tgk barang dan survey2....if gi supermarket pun tak tgk barang baby...nape tah...

Then masa ni plak mama masih baru di JB, so memang la tak pandai nak jalan2 sendiri..apatah lagi tgh pregnant plak kan, manalah papa nak kasi jalan sendiri....lagipun papa cakap takyah survey2, semua sama jer...

So simpan lah keinginan nak tgk barang baby tu sampai lah kandungan berusia 9 bulan (36 minggu)..barulah kami gi beli..itu yang panjang sgt list tu...mama main amik jer apa yang rasa perlu....(yang tak perlu pun ada gak terbeli..huhu)

Ambik punya ambik, last2 dapatlah 50 items berjumlah Rm607.20..not so bad...kan...

Nasib baik Qaisara ni lahir genap 10 bulan (40 minggu), kalau lahir awal macam adik Qaid tentu kelam kabut papa mencari barang baby....abih preparationnya lambat bebenor kan.....

Untuk adik qaid kami tak spent banyak sangat utk baju2 baru sbb baju kakak banyak yang boleh pakai, almost semua baju kakak memang adik pakai. Masa adik dah hampir 3 bulan dalam ward dan dah nak balik rumah barulah kami pergi cari sedikit sebanyak baju baru utk  dia, yerlah..takkan takde langsung kan...tapi tak banyak pun rasanya lebih rm300 juga, tp rm 200 free sbb Mr Papa dapat voucher dari Jusco, pemberian company dia....alhamdulillah....

Untuk kakak Qaisara, inilah harga barang2 dan baju pertama kakak....sajer jer mama letak kat sini wat kenangan...bukan nak claim pun.....heheh....

p/s: Mr Papa cakap mama suka simpan arkib..ha inilah dia salah satu cth arkib tuh...ekekek....jgn marah ya papa....






Sunday, November 13, 2011

Maafkan kecuaian mama, Qaid!

Semalam berlaku insiden yang buat mama panik seketika...

Lebih kurang 8 mlm, mama tinggalkan sekejap adik Qaid kat dlm play yard dia tu, uruskan kakak di toilet....tak sangka plak adik akan terjun dari sofa tu ke bawah...huhu....gedebuk mama dengar dari toilet sana disusuli dengan tangisan yang kuat....

Ya Allah anak aku....berlari mama dari toilet ke tempat adik jatuh....meraung2 dia menangis kesakitan....Benjol dan biru dahi adik qaid....punyalah menangis, ditambah lagi bila mama letakkan ais kat benjol tu lagilah dia nangis kuat....lama jugak...kesian sgt anak mama nih.....tak pasal2 benjol dahinya, serta berbekas akibat kesan tikar tempat dia jatuh.

Mama minta maaf sayang....kerana kecuaian mama kamu sakit.....


Mama harap sgt tiada sebarang kesan jangka panjang utk adik qaid....hari ni pun dok observe takut2 dia muntah, alhamdulillah nampaknya insyaAllah ok.... dan nampak dia aktif serta ceria macam biasa...Alhamdulillah.

Oh yer..update lain..gigi adik dah ada 6 batang, kejap je dah penuh mulutnya....


muka masam je pas jatuh....tengok la benjolnya tu...
nape ntah pic ni senget gini, tak reti mama betulkan....



sengeh tunjuk gigi plak..4 atas, 2 bawah

Dari sofa flat hitam kat blkg Qaid tu lah dia jatuh, tp ke arah yg takde tilam...ni pas dah ok sikit....








Saturday, November 12, 2011

Anak Kecil Kehilangan Ibu

Siang tadi, Jumaat 11/11/11, time lunch hour mama sempat berjimba2 seorang diri di Jusco Tebrau....alang2 dah dekat sangat, sbb paginya ada meeting di KKSI.
So ronda lah sorang2, pegi cuci2 mata kat bahagian yg selalunya tak dapat belek2 kalau ada Mr Papa...hehe
>
>
Masa mama baru sampai tu, ada terperasan sorang kanak2 pompuan sekitar usia 8-9 thn, bertshirt dan seluar panjang serta bertudung, tgh menelefon somebody...
Dalam hati mama, canggih budak ni, baru besar ni dah ada henfon (yerlah budak zaman sekarang).....
>
>
Okey...pastu mama jalan2 , merayau2 tak tentu hala arah tujuan, sekadar cuci2 mata tengok barang Corelle la, tgk cadar la, tgk frame gambar la,tgk baju baby la, dan macam2 lagi...
Dah sampai naik lenguh kaki berjalan, last2 gi bayar utk 2 barang--album gambar dan sebiji periuk...
>
>
Okey...itu bukan ceta utama yer..
>
Masa on the way nak balik tu, mama lalu tempat mula2 sampai tadi,
dan ternampaklah kanak-kanak yg tadinya tgh menelefon tu, nampaknya seperti sedang menangis seorang diri, merah matanya dalam senyap, di celah2 barang.
Berdiri seorang diri tanpa berani bergerak ke mana2..
>
>
Mama hampiri dia
>
*Kenapa nangis ni dik
-Dia geleng2..
*Nape ni...adik sorang ke...datang dengan saper
-Datang dengan ibu, sekarang tak tau ibu kat mana
*Ayah mana?
-Ayah keje
*Ibu pegi mana
-Ibu tadi nak bayar bill, dia terus pegi je tak cakap apa2
*Yang tadi adik telefon tu siapa?
-Telefon Ibu, tapi ibu tak angkat2

Pelik kan, anak dia dah hilang dalam lebih kurang 15-20 minit, tapi ibu dia tak cari dia pun...dan dia tak angkat call anak dia...
So mama bawak kanak-kanak tu ke kaunter, meminta bantuan petugas di situ utk buat announcement tentang kehilangan anak ini...
Oleh kerana mama dah lambat dan terpaksa pulang segera, mama tinggalkan adik itu dengan petugas Jusco tu...
Sesampai mama di tingkat bawah kedengaran pengumuman di buat, : "Ibu bapa kepada adik Nur Raudhatul Jannah sila datang ke kaunter segera"
Sedap namanya Cahaya Taman2 Syurga..

Mama harap adik tu dapat berjumpa semula dengan ibunya, dan sangat2 berharap itu bukan lah kes buang anak..huhu...



Friday, November 11, 2011

11/11/11 @ 11.11

Untuk tarikh yang istimewa ini, mama dedikasikan ucapan ini khas buat suami tercinta:::




I LOVE YOU









p/s : saje nak bagi ada something special gak , tgk org lain pakat2 amik tarikh ni wat tarikh kawen...



Eh , nampak sedap plak love tu.. :)




Saturday, November 5, 2011

Salam Eidul Adha

Salam semua...
Tak sangka esok dah raya lagi....
Yang balik kampung hati2 di jalan raya...
Bestnya makan ketupat dan rendang...
Sembahyang raya, ziarah sanak saudara, main mercun ..(upsss...ni tak boleh ye kanak2)..
Bestnya... mak kat kampung mesti buat bihun sup atau laksa yang best....slurpp....
 .
.
.
.
.
Untuk yang tak balik kampung dan tak ke mana-mana macam kami......
Duduk diam-diam dalam rumah.....
Tutup pintu rapat2....takut org bertandang...hahaha
(ada ke patut)
Serius....kami tak prepare apa-apa pun utk raya ni...
So kalau nak datang rumah sila bawak kuih sendiri yer..ahaks...
.
.
.
.
.
.
.
.

"SELAMAT HARI RAYA QURBAN/ AIDILADHA/ HAJI"
Dari kami sekeluarga : Mr Papa, Mdm Mama, Puteri Qaisara Nur Damia dan Putera Qaid Mukhlis...



Rindu kampung halaman ini......