Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

Salam semua..
Salam Ramadhan Al Mubarak....
Awalnya adalah Rahmah
Pertengahannya adalah Maghfirah
Dan akhirnya adalah Pembebasan dari api neraka.....
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.....


Saturday, July 30, 2011

Update tentang baby QAID


Adik kini berusia hampir mencecah 11 bulan , however corrected age 8 bulan.....masih sepenuhnya minum susu mama.
Adik dah jauh meneroka serata rumah bila mula menjulur ke depan sejak last week..
Actually dah dari bulan lepas dia cuba2 move forward tp siri demam dan bronchiolitis yang dialami membantutkan usahanya..
3 minggu pulih dari masalah pernafasannya, dia semakin ceria, semakin vocal dan makin kuat untuk menolak dirinya ke depan...Alhamdulillah.
Huruf pertama disebut adalah T - atetetete.....
Bila nak sebut mama ni dik?

Dua hari lepas sekali lagi adik mengalami demam panas..demam yang tidak kebah walaupun with 3hourly PCM given...susah hati mama...lagi susah hati babysitter nya...Sehari sebelum tu kakak yang demam, tp demam kakak surut bila diberi panadol/PCM.
Petang jumaat: kami bawa adik ke hospital Penawar, tp doktor pakar kanak2/ paediatrician kat situ takde pulak, dan kliniknya juga diitutup. So kami cuma berjumpa doktor biasa di klinik pesakit luar hospital tersebut. Mendengar kan Qaid adalah baby pramatang, bukan pramatang biasa, tp sangat extreme premature, doktor tersebut tidak berani mengambil risiko, ditambah pula demam adik yang mencecah 40 degree celcius.

So direfernya adik ke pakar kanak2 di hospital lain iaitu Regency Hosp. Pertama kali kami ke sana. Dan pertama kali doktor tersebut diberitahu yang Qaid lahir pada usia 24 minggu, dia tak percaya, dan berkata
"Are U sure??" Mama dan papa serentak cakap "sure!!"  (Doktor tu taktau mama pun doktor juga, so dia ingat mama ni org biasa yang tersilap kira usia kandungan..hihi)....
Tp mendengar berat lahir Qaid hanya 725 gm, dan tinggal di hospital selama 3 bulan, baru dokte tu percaya...
Amazing story agaknya....dan yang amazing tu adalah kerana kuasa Allah yang Maha Pengasihani....Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

Dan hari ini , melihatkan perkembangan adik (usah dibanding dengan anak yang lahir normal kerana pastinya tak akan sama), tp berbanding corrected age nya sendiri....adik dikira tidak mengalami sebarang development delay setakat ini...ALHAMDULILLAH...syukur sangat2 dah...

Dan pastinya kami mengharapkan dia juga akan menjadi anak yang bijak, sebijak kakak....jadi professor kata atuk...insyaAllah....
Owh..dah lama tak update tentang kakak kan....sabar yer kakak....nanti mama update cerita kakak yer...untuk tatapan bila kakak dah bisa membaca nanti......


Sesuatu yang mama suka bila adik dah pandai bergerak ke depan adalah, adik semakin pandai mengusik kakak...dicium2 pipi kakak sambil kakak menjerit2 tolak adik, sbb kakak tak suka air liur adik..hahaha......








Thursday, July 28, 2011

Pertama kali dapat award..hehehe..jakun sungguh mama....

Salam semua...
Serius tak tipu.......sejak berblogging beberapa bulan ni, ni pertama kali mama dapat award (cian kan) ..hehe....terima kasih buat NAZ from http://ovenkecil.blogspot.com/ kerana menganugerahkan award ni pada mama, serta mengajar mama camana nak amik award..heheh...punya la jakun....camtu pun mama tak reti....ok..ok..pasni dah reti dah..TQ Naz atas "didikanmu"...hehe....

Tapi still tak reti jugak camne nak kasi award kat org lain plak...dan mana nak cari award utk kasi org ni ek?

 Pastu org dok cakap tag pun mama tak reti dan tak paham camne yg dikatakan tag ...camne nak tag kat org....Kalau tag kat fb tu mama reti la...hehe.......






Tuesday, July 26, 2011

Malasnya mama nih...

Malasnya nak hapdet blog..tapi bosan pulak tgk blog sendiri bersawang2 dah ni....
Yg bebenornya bukan malas tau..cuma takde masa....

Imagine lah, kalau malam2 tu pukul 10 dah ngantuk....selalunya nak tidokan baby Qaid dan si kakak qaisara, mama pun sama tertido...pastu konon2 nak bangun pas diaorg dah tido utk wat keje2..tp selalunya impian itu memang jadi mimpi jer la...


Dan selalunya laptop ni akan terbiar terpasang sampai pagi baru ditutup....Yg tukang on kan laptop ni biasanya si kakak lah..balik jer sampai rumah petang2 tu diterkam buka laptop dulu...pastu sibuk suruh mama buka siri video2 yang mama rakamkan segala aksi dia dari lahir sampai sekarang...suka betul dia tgk video2 dia tu....Yang paling tak tahan tu kdg2 dia cakap "kakak coomelll la mama"....hahaha.....perasan tau kakak!

Malam ni adik tido awal, kakak pun tak kacau mama, leh la Ol jap....sambil tu tgk ceta Ana Lulu...geramnya tgk si Lulu ni diperbodohkan oleh lelaki yang mengaku pakwe dia tu..tp yg sebenarnya lelaki tu cuma nak kenakan duit dia jer...ada jugak pompuan yang sanggup bayar everything utk lelaki pengikis camtu..sedangkan dia sendiri pun tak berduit juga....aper daa......

Okey lah....mama nak gi blogwalking jap...daaa..






Monday, July 11, 2011

DOA dan UBAT

Hari ni mama nak share apa yg mama dengar dari rancangan Tanyalah Ustaz sepanjang 2 hari ni...Actually utk tajuk DOA dan UBAT ni ada 3 hari berturut2, tp mama terlepas hari pertama....so cuma dapat kongsi apa yg sempat sajalah yer..

Ustaz penceramah tu adalah seorang pengamal perubatan Islam, dan mama sendiri, walaupun pengamal perubatan modern, masih percaya perubatan Islam itulah yang terbaik....
Jika sakit, semua org cari doktor kan..Tp yang lebih baik adalah usaha kita, di samping berjumpa doktor , sampingkan juga dengan amalan2 serta ayat2 dari al Quran kerana Al-Quran itu sendiri Syifa (Penawar).


****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI****


1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca  start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
@@Ataupun  Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
@@Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..


Sebenarnya byk lagi doa2 yang boleh kita amalkan, tp sebab terlalu byk ustaz tu pun tak sempat nak bagitau semua..utk itu dia dah tulis semuanya dalam bukunya bertajuk  Ubat, Doa dan Penyembuhan by Ustaz Sharhan Safiee...

Banyak lagi buku2 yang beliau tulis berkaitan perubatan Islam ni, tp mama tak salin semua..kalau korang jumpa penulisnya ustaz tu, beli jer la...
Hehe..mama bagi promosi free kat dia jer ni...takperlah..ustaz tu pun menulis utk menyebarkan ilmu, bukan keuntungan semata, so mama pun nak sebarkan lah apa yang baik tu...insyaAllah moga ada manfaatnya...

Monday, July 4, 2011

" I ni DG41 okeh! "

Ada sorang pelanggan datang ke klinik, pegi makmal, nak mintak dilayan secepat mungkin...
Tak boleh tunggu coz bekerja...
Bila ditegur oleh staffnurse supaya menunggu giliran, (sbb nurse tengah amik darah orang lain tak boleh nak layan dia),
Dia terus marah2 dan terus blah...
Balik rumah terus wat aduan kat Biro Pengaduan Awam (BPA),
Katanya misi cakap kasar dengan dia...

Esoknya telefon kepada Staffnurse Incharge....
Bagitau ketidakpuasan hati sebab ditegur supaya menunggu giliran oleh nurse di depan puluhan orang...
Katanya:
"I ni DG41 okey, I bukan macam ibu2 lain yang tidak bekerja, yang boleh duduk bual2 kat klinik..."

Masalahnya puluhan orang yang sedang menunggu giliran tu, separuh dari mereka adalah ibu berkerjaya, lebih hebat dari dia pun ada...
Elok jer tunggu giliran...elok jer boleh ambil nombor....
Dan lagi satu, kalau keje pagi, datang lah petang, juga sebaliknya...
Susah sangat ker nak atur masa?

Bila dah malu sendiri sebab kena tegur, pandai plak gi BPA...
Terasa sangat educated kah bila dapat buat aduan kat BPA?

Kami ramai2 gelakkan dia. (bukan depan dia la ofkos)....nasib baik baru DG41...
Kalau dah JUSA ntah macam mana kepohnya lagi bila datang klinik...

Lagi satu, apa motippp perkenalkan diri sbg DG41?
Kat tempat dia keje tu takde orang pangkat lebih tinggi dari 41 ker?
Atau dia rasa nurse itu sangat rendah tarafnya berbanding dia?
Hello...itu nurse pun ada degree okeh...U41 gak tau...


Kalau rasa kami bagi perkhidmatan tak memuaskan, pegilah swasta...puas hati...
Tunggu lama pun takde nak komplen, sbb bayar......
Cakap kasar pun okey, sbb bayar kan..sila lah...sila...
Kami pun malas nak layan orang macam kamu....

***Mode bengang sbb mama yang sebagai MO incharge yang kena hantar jawapan bertulis...hanya disebabkan orang yang perasan educated....***


P/s: Sorilah kalau ada DG yang tak puas hati baca entry ni..mama bukan maksudkan semua DG perangai macam tu..sbb dalam famili mama sendiri ramai yg jadi guru....apapun guru yang berdedikasi dan ikhlas tetap mama hormati selamanya....