Sunday, January 30, 2011

Kelahiran yang ditunggu...entry untuk My Princess Qaisara

Genap 2 tahun yang lalu, detik ini,  2.25am, 30 January 2009 adalah moment terindah dalam hidup yang mengubah terus status diri mama..daripada hanya seorang anak, isteri dan wanita...menjadi seorang IBU. Alhamdulillah..setelah genap 40 minggu di dalam kandungan, lahirlah Qaisara Nur Damia pada detik itu.

Segala puji juga mama panjatkan pada Ilahi kerana meringankan kesakitan mama, jika primid lain harus menanggung kesakitan selama 10-12 jam, mama diberi sakit itu untuk 5 jam lamanya... Kehadiran papa sepanjang proses yang memerlukan kesabaran itu amat membantu dan menjadi satu lagi moment indah buat mama.

Namun benar bagai selalu disebut orang, segala kesakitan itu benar2 lenyap sebaik menatap wajah mulusmu nak..dan sebaik mama dibenarkan memangku kamu buat pertama kali, serta menyusukan kamu buat pertama kalinya keesokan paginya...terus laju air mata ini..sungguh mama bahagia saat itu...

Detik manis sewaktu kamu dilahirkan itu ingin mama kongsikan di sini, agar satu hari, bila kamu bisa membaca diari ini, kamu akan mengerti betapa cinta dan sayangnya mama pada kamu. Sayang yang tidak berbelah bagi, dan sampai saat ini, bila mama kenang kembali detik kelahiran kamu yang sangat manis, mama pasti menitiskan air mata lagi..

Dan pastinya video yang sempat terakam oleh papamu ini menjadi satu koleksi mama yang paling berharga..

video


Hari ini, dalam usia 2 tahun, dan selepas kelahiran adik Qaid Mukhlis, Qaisara Nur Damia senang membahasakan diri sbg 'kakak'. Ditanya namanya, jawabnya dgn pelat:: Qaisyala Nut Niania bt Jaidi...Juga sudah tahu nama mama...

Vocabulary kakak semakin bertambah seiring usianya. Even perasaan empathy juga mampu dizahirkan tatkala melihat tangisan atau sesuatu yang mengundang simpatinya. (Kesiannn.. katanya bila melihat iklan Bersamamu di TV3)
Kakak juga semakin bijak , nakal, hingga kadang2 mengundang juga amarah mama, namun mama tahu, tanpa nakalnya kakak, mama akan sepi. Tanpa kakak menyepahkan barang, bermakna mama sendiri di rumah ini. Kerana itu, mama senang dengan sepahnya rumah ini, mama senang melayan setiap pertanyaan kakak, setiap bualan kakak.

Bila kenyang, atau bersin, malah jika batuk sekalipun, kakak sudah bisa mengucapkan alhamdulillah. Kakak sudah mampu menghafal bait-bait lagu Twinkle twinkle Litle Star, Doe a deer, dan lagu Maher Zain spt InsyaAllah, I'll find a way.
 Bila dihulurkan barang, kakak tidak lupa mengucapkan terima kasih. (dan "sama-sama" sekali gus :P). 

Kakak juga peminat tegar Aznil Hj Nawawi. semua rancangan Aznil, kakak tahu even belum mendengar nama rancangan disebut. Rancangan seperti Clever (Jak...mang bijak=bijak memang bijak), dan rancangan Si...bersama = Serasi Bersama. Rancangan lain seperti Jgn Lupa Lirik, dan yang paling diminatinya...Macam-macam Aznil. Huh...happy sungguh kalau ternampak muka Aznil di mana-mana. Dan yang paling mama tak faham, kakak kenal Siti Nurhaliza. (tak faham sebab mama tak pernah kenalkan kakak dengan Siti ).

Mama juga sangat bersyukur kerana kakak seorang yang "makan di ajar". Sekali dua disebut atau diberitahu, kakak sudah bisa menghafal atau faham. A to Z, kakak boleh sebut A is for Apple, B= Ball , C= Cake, D= Dog dan seterusnya hingga Z.
Kalau nanti kakak sudah besar, sudah pandai menulis, membaca, dan berpidato, ketahuilah ketika ini kakak sudah mampu mengenal setiap alphabet (besar dan kecil), kenal semua nombor 1-10, bisa menyebut one to ten, satu hingga 15, sudah bisa membaca beberapa flash card yang biasa dilihat, dan mampu mengenal beberapa simbol.

Simbol serta perkataan yang mama tak pernah ajar, tapi dikenali melalui iklan (besar sungguh pengaruh iklan kan!), adalah ADABI, dan ASTRO.

Paling mama senang, kakak tanpa disuruh akan menghulurkan tangan dan berkata " mama, salam", kemudian mendepangkan tangan sambil berkata 'mama, peluk". Lantas dicium pipi serta muka mama/papa.

Kakak..aka Qaisara puteri mama sayang, seandainya suatu hari dikau membaca coretan mama ini, ketahuilah mama telah menghalalkan setiap titik susu mama yang dikau minum (masih minum susu mama saat umurmu 2 tahun ini), dan mama sentiasa doakan agar kakak serta adik menjadi insan soleh yang bijak, serta berjaya dunia dan akhirat. Mama juga pohon agar dikau sentiasa dalam lindungan Allah serta dijauhkan dari segala bahaya. Amin..



Budak yang perasan cute..heheh



Tinggi kakak hari ni=85 cm @ 2 kaki 9 inci. (Bertambah 13 cm dari 30/01/2010)



To QAISARA NUR DAMIA ZAIDI  ::::: HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!



Friday, January 28, 2011

Web untuk edit gambar..

Semalam sewaktu blogwalking, mama terjumpa web ni, khusus utk mengedit gambar secara free...excited sangat..pasni habis la semua picture mama edit....
Ni web dia.-->Picnik.com

Ni picture pertama yg mama edit semalam...picture qaisara time baby ..masa ni rasanya dalam 4 bulan..

 
Ni picture kedua (baru sempat 2 keping)


Sama kan, muka Qaisara dan Qaid (dah namanya adik beradik )....

Okeylah...nak edit picture lagi la...(tengah semangat nih, sementara diaorang tido)


Monday, January 24, 2011

5 Bahasa CINTA


Kali ni nak berbicara tentang cinta lah pulak.....mama dapat ni waktu dengar rancangan apa ntah..dah lupa sbb dah lama, tp mama sempat salin... (semangat tau, sbb bab cinta kan!)

Okey..CINTA ..satu anugerah Allah..hanya orang tertentu jer akan merasa apa itu cinta..ada orang berkahwin tanpa cinta..ada orang bercinta bertahun2, tapi tak kawin.. ada orang bercinta gak bertahun2..sblm akhirnya dapat kawen....tu semua takdir tuhan yang menentukan...
Sama seperti takdirnya mama bertemu papa dan akhirnya buah cinta yang terhasil : Qaisara & Qaid .
(Agaknya kalau papa qaisara tak ngorat mama dulu, mcm mana jalan cerita hidup mama kan?) Tapi tak boleh nak cakap "kalau" itu sbb tertulis takdir dan jalan cerita hidup mama begini.

Eh melalut la pulak, nak cerita pasal cinta la...

Sebenarnya cinta boleh dan perlu dipupuk., dan sebab itulah ada 5 bahasa bagaimana orang mengatakan cinta.

1) Pemberian hadiah
Bila bercinta, hadiah is one medium utk memberitahu org yg kita cinta itu bahawa kita cinta dia. Tak semestinya benda yang mahal, sbb yg sedikit/murah tapi ikhlas itu lebih membekas di hati (tp janganla sekadar beli hadiah sekadar melepas batuk di tangga, tanda ada hadiah diberi, sampai cikai sgt..beli benda yg berguna la)
  

2) Sentuhan
Kata Dr Fadhilah Kamsah, peluklah isteri 7 kali sehari,
Kata mama, sentuhan dan pelukan itu menenangkan jiwa..sentuhan itu tanda kasih dan cinta.. (yerlah..kalau kita tak cintakan org tu, ader ke kita nak gi sentuh or peluk dia?)


3) Masa yang diluangkan bersama
Kalau kita tak cinta org tu, takkan kita sesuka nak gi buang masa layan dia, kan..so sebaliknya juga, sebagai bukti cinta, kita biasanya akan sentiasa nak luangkan masa dengan pujaan hati kita tu...bak kata org, tidur tak lena tanpa dia, mandi tak basah kalau tak bersama dia, makan tak lalu kalau dia takde (tapi makan sampai kenyang gak, itu perlu ..heheh)
Satu lagi kontek tentang masa adalah bercuti bersama...sebab percutian itu pastinya akan beri detik indah utk dikenang bila satu hari dia atau kita dah takde...


4) Perbuatan atau khidmat bakti
Bila bercinta, dah tentunya kita sentiasa nak mudahkan si dia, nak kongsi segala susah payah dia, nak ringankan kerja dia, betul tak? Kita tentu tak nak si dia yang kita cinta itu menanggung segalanya sendirian. 
            Alah..contoh mudah khidmat bakti isteri pada suami: tolong masak utk dia, tolong picit badan dia bila dia penat, tolong pijak2 badan dia bila dia suruh, itu semua sebab isteri cintakan suami.
     Tapi suami janganlah plak wat isteri cam kuli..bukan semua kerja di rumah itu tanggungjawab isteri..setakat cuci toilet, sapu sampah, sapu habuk kat kipas, dan segala kerja yg agak tough itukan lebih mudah si suami yg lakukan. Takkan semua nak harapkan si isteri? Tambah2 kalau isteri pun bekerja dan menyumbang utk tabung keluarga, isteri pun tahu penat, tul tak? (nasib baik mama ni surirumah jer...)
Even kalau lebih cinta lagi, tolong masakkan utk isteri pun ok aper, ataupun tolong basuh baju, sidai baju..tak jatuh standard seorang suami berkhidmat bakti begitu utk yg dicinta.


5) Kata-kata/ Ucapan CINTA
Bila cinta, ucapkanlah cinta. Jangan disimpan kata2 itu sampai si dia dah takde lagi. Masa tu mesti nyesal sebab si dia tak tau perasaan kita samada kita sayang dia atau tak.
Susah ke nak ucap cinta? Tak susah pun kalau dibiasakan. 
Kalau tengok omputeh tu, sampai ke tua masih berpegangan tangan, masih ber - 'i lap u, u lap me' lagi. Kalau tengok org kita? Malu la konon nak jalan pegang2 tangan. Abis masa bercinta tu tak malu la sangat. 

Bak kata Mr Papa di dalam pantunnya:

Cik Y*** sedang bercinta
Sedang bercinta sepenuh hati
Siapa kata abang tak cinta
CINTA abang sepenuh hati

Huhu..sangatlah tidak bermutu pantun ini..sapa la cekgu BM dia masa kat sekolah, sure sedih dengar pantun ni...



CINTA....Moga kekal di hati kita hingga hujung nyawa...


Sunday, January 23, 2011

backdated entry 3: Akikah Qaid Mukhlis, Birthday Qaisara

Okey...tujuan kami balik ke kampung yg mengambil masa 12 jam perjalanan itu adalah untuk:
1) memperkenalkan qaid kepada tok dan tokwannya
2) melepaskan rindu qaisara pada tok dan tokwan
3) hantar makcik/  achik qaisara balik kampung, get ready for her job yg diinterview waktu di johor.(congrate sis!)-wp masa balik tu lum kuar resultnya, tp mama memang ada instinct yg achik akan dapat, dan alhamdulillah.

4) mengadakan majlis aqiqah utk baby Qaid Mukhlis
5) mengadakan majlis harijadi qaisara (actual besday 30/01, tp sengaja nak sambut kat kg, lebih besh)

Inilah pic sekitar majlis perkahwinan aqiqah tersebut :-



2 ekor yg bakal terkorban...
sesi beramah mesra
Finally, selamat dikorbankan..

 mr papa just jadi tukang tengok...ngeh ngeh




anak manja yg tak pernah nak berenggang dari papanya..(macam mamanya jugak, hehe)
dah kenyang, silalah basuh yer cik abg berdua

Qaid tenang di ribaan sebelum ditahnikkan oleh tokwannya. Sblm tu Qaid diarak di iringi bacaan selawat beramai2 oleh org kampung..pic takde lagi
 
Happy besday qaisara: 2yrs on 30/01...saja celebrate awal, kat kg lagi meriah..






Birthday girl yg cekci..pic kami sekeluarga off course ada, cuma tak boleh dipublish di sini atas sebab2 tertentu..huhu

Balik kampung ingatkan byk tempat dan orang yang nak dkunjungi, tp kekangan masa yg terlalu cemburu (eh ingat orang jer cemburu?), membuatkan byk rancangan mama tak kesampaian..insyaAllah next time balik kampung mama cuba realisasikan... Yerlah...5 hari + 2 hari  mana lah cukup kan...(2 hari dalam keta jer)

Sebenarnya byk yg mama nak cerita lagi, tp entry ni dah terlalu panjang kan..so next time ya..

Saturday, January 22, 2011

backdated entry 2: Balik kampung,...yeay!!!

13/01/2011

Seawal jam 7. kami bertolak dari Jb ke utara. Hati berbunga ria, sudah hampir 6 purnama tidak menatap wajah ibu dan ayah di kampung (ewah, bahasa!). Bukan sedikit masa yang perlu dihabiskan di dalam kereta bersama 2 anak kecil ini, harap2 mereka tak meragam sepanjang jalan...

Singgah di R&R Tapah, lunch.
Mama pilih ni untuk makan tengahari yg mencekik: RM7


Sempat lagi kakak main ni, walaupun panas terik:




Dan terserempak dengan ini:

treler masuk longkang! nasib baik tak jammed

treler panjang yang sedang diangkat oleh kren



Dan akhirnya, menjelang 7 malam, kami tiba ke destinasi dituju dan yang dirindu selalu :



lagi 55km...

jalan masuk ke satu2nya rumah yg ada di situ...

Pertemuan pertama Qaid Mukhlis dan tokwan::


Alhamdulillah , setelah 12 jam perjalanan yang panjang yang meletihkan, kami selamat tiba di kampung mama, a very remote area, which still preserved its natural beauty aand peace.

Okeylah, lain kali cerita lagi....(dah abis ide)


Friday, January 21, 2011

backdated entry 1: Jumpa Pakar Lagi

12/01/2011

Hari ni appointment jumpa pakar mata dan pakar ENT (Ear,Nose & Throat) lagi sekali...Alhamdulillah pemeriksaan both systems are ok. But as stated earlier, Qaid need to see Eye Specialist for lifetime..means his eyes will always need an assessment at a regular basis for the whole life. This is to have an early detection of any complications, if any. Dan tak putus doa mama, moga mata Qaid akan terus bebas dari sebarang komplikasi. Moga pinjaman penglihatan ini akan terus menemani Qaid dalam meniti usianya. Moga matanya nanti membantunya menjadi insan soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Okeh. Cerita pasal hospital, memang tak logik kalau pergi kul 8 , balik kul 9 kan. Kali ni kami taknak berebut2 dengan org ramai yg datang seawal 7 pagi, so kul 10 baru bertolak dari rumah. Kul 11 sampai, nampak org dah kurang sikit, terus ambik nombor kat klinik mata. Pas dah dapat no giliran, tengok macam ramai lagi , so we all decided to go to klinik ENT first. Alhamdulillah kul 1 dah habis pemeriksaan by ENT. Turun bawah semula, utk jumpa doc mata lak. Rupanya nombor Qaid dah terlepas. Rupanya the assistant nurse panggil nombor Qaid dulu tadi sblm kul 1, sbb baby kecik kan..tp as we are not there, the doctor go and take his lunch first, so terpaksalah tunggu lagi sampai kul 2. Janji kul 2, tengok2 kul 330 baru selesai di klinik mata..huhu...

Eye clinic...always full...ramai tul org bermasalah mata..esp those who are diabetic..
Jabatan ENT atau ORL

The last patient we are! (ni ENT clinic)

Balik umah sampai dalam kul 5, mr papa bergegas ke kedai kereta, betulkan mana yang patut..kan esok nak balik kampung..yeayy!!!
Nantikan cerita balik kampung dan akikah lak yer....


Thursday, January 20, 2011

Lamanya tak update blog!

Perlukah? Ader ker orang yang nak membaca dan mengikuti perkembangan blog ni?
Hihi...haruslah!!!
Kan ramai silent follower tuh...:)  .
Eleh..taknak ngaku la plak... (Mr silent follower akan didedahkan some other time )
Okey...sebenarnya tak update blog sebab balik kampung...!!!! Best sangat!! Wish it was longer than a week...

Disebabkan kat kampung susah nak online, (tersangatlah lembabnya berukband ini, maka mood utk berblogging pun jadi kureng)..so semua cerita yang ditulis sehari dua ini adalah cerita backdated yer....
Nantikan.....;)

Thursday, January 6, 2011

Azam 2011, dan tentang KEPERLUAN atau KEINGINAN NAFSU

Dah 6 hari berlalu, dan mama baru nak berazam? Haha...actually bukan azam, tp kemestian yang mesti mama tunaikan sebelum waktu terus menginjak pergi ...

Azam mama :
1) Nak ganti semua puasa2 yang tertinggal..kalau perlu bayar fidyah sekali..Huhu...Ramadhan baru2 ni ingatkan leh puasa genap 30 hari tp sebab warded, mama tinggal gak puasa...tambah2 pastu terbersalin la pulak....
En SUAMI, sila tolong ganti puasa cik ayang kalau cik ayang mati dulu yer...baper hari? sila tengok dalam diari mama... (bukan diari yg ini, tp diari yg betul2 diari...ada lam stor kot..hehe...:)

2) Nak dapo camni.....






Huhu..bilakah impian mama ni akan jadi kenyataan...

Bercakap tentang dapur..pada mama,

Dapur yang kemas - KEPERLUAN
Dapur yang cantik,mewah dan bergaya - KEINGINAN

Baju sekolah 2@3 pasang- KEPERLUAN
Baju sekolah 4/5/6 pasang- PEMBAZIRAN /KEINGINAN/KEMEWAHAN

Baby cot- KEPERLUAN
Hiasan rumah-KEINGINAN/KEMEWAHAN

Baju /tudung -KEPERLUAN
Baju ber labuci/tudung berjemeki - KEINGINAN/KEMEWAHAN

Owh....banyaknya KEINGINAN mama yg melebihi KEPERLUAN... (tak ingat2 diri tu tak bergaji skrg nih...huhu)
En Hubby, silalah dan tolonglah tunaikan KEPERLUAN mama agar dapat mama tunaikan KEINGINAN mama...:)...hehe...peace....

By the way, picture dapor2 kat atas adalah pic KEPERLUAN, bukan KEINGINAN tau sayang....